web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarik Balik Sekatan Wanita Afghanistan Lanjut Pendidikan, Nafi Hak Kemanusiaan - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 10:54AM

Fadhlina Sidek amat kesal dengan pengumuman pemerintahan Taliban yang mengharamkan wanita Afghanistan daripada melanjutkan pengajian ke peringkat universiti - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekatan dilakukan pemerintah Afghanistan terhadap wanita di negara berkenaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti kerana ia bertentangan dengan hak kemanusiaan.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, pihak terbabit juga harus mengembalikan akses wanita Afghanistan untuk mendapatkan pendidikan ke Universiti.

“Saya amat kesal dengan pengumuman pemerintahan Taliban yang mengharamkan wanita Afghanistan daripada melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, selain mengecam dasar mengangkat sistem regresif.

“Sekatan ini menghalang wanita Afghanistan mendapat akses pendidikan tinggi dan akan melebarkan jurang daya saing antara gender dari sudut peluang pekerjaan berkualiti, status ekonomi serta sosial,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dasar pendidikan bersifat mundur dan diskriminasi itu turut akan membawa kepada implikasi jangka masa panjang.

Katanya, ia akan menyebabkan kesan lebih buruk kepada landasan pentadbiran negara yang kononnya berasaskan islam.

Menteri Pendidikan itu berkata, ketidakterlibatan wanita dalam institusi pengajian tinggi, akhirnya akan menyebabkan kadar partisipasi wanita dalam tenaga kerja lebih sedikit.

“Ini akan menjurus kepada ruang dan peluang dominasi yang berpihak hanya kepada satu gender serta tidak mewakili suara segenap masyarakat.

“Justeru, saya mendesak pihak pemerintahan Taliban mempertimbangkan untuk menarik balik sekatan tersebut dan mengembalikan akses wanita Afghanistan melanjutkan pengajian ke universiti,” tegasnya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan, Taliban menguatkuasakan larangan menyambung pengajian peringkat universiti untuk wanita di negara berkenaan.

Larangan itu diumumkan pada Selasa lalu, menerusi surat ditandatangani Menteri Pengajian Tingginya, Neda Mohammad Nadeem yang dikeluarkan kepada semua universiti kerajaan dan swasta.

“Pihak anda dimaklumkan untuk melaksanakan serta-merta perintah menggantung pendidikan wanita (ke universiti) sehingga diberitahu kelak,” menurut kandungan surat itu.

Malah, jurucakap kementerian itu, Ziaullah Hashimi yang memuat naik ciapan surat terbabit di Twitter mengesahkan pesanan berkenaan kepada AFP.

Keputusan itu nyata mencetuskan kemarahan beberapa negara kerana dianggap mewujudkan diskriminasi terhadap wanita dan menafikan hak pendidikan.

Antara negara berkenaan adalah Amerika Syarikat (AS) Washington mengutuk keputusan berkenaan.

Larangan itu dikenakan kurang daripada tiga bulan selepas ribuan gadis dan wanita menduduki peperiksaan kemasukan universiti di seluruh negara, dengan ramai bercita-cita memilih perguruan dan perubatan sebagai kerjaya masa depan. - Getaran, 23 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar