web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SKMM, Syarikat Telco Perlu Pastikan Akses Telekomunikasi Di PPS Lancar - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 5:04PM

Seorang wanita melihat telefon pintar di halaman rumahnya yang dilanda banjir. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memastikan akses internet dan liputan telefon berfungsi dengan baik ketika musim banjir, terutama di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya juga akan meminta SKMM menghubungi syarikat telekomunikasi untuk mengaktifkan jalur lebar di PPS, memandangkan kelengkapannya sudah disediakan di kebanyakan pusat berkenaan.

Katanya, ramai mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang sudah dipindahkan ke PPS, justeru pihaknya mahu kualiti perkhidmatan telekomunikasi itu boleh diakses dengan baik, bagi memudahkan mereka.

“Saya sudah mengingatkan SKMM untuk meneliti semua menara telekomunikasi di kawasan banjir, bagi memastikan apabila air surut, ia boleh digunakan segera.

“Sekiranya ada apa-apa perlu dibaiki, ia harus dilakukan segera,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, beliau mahu liputan telekomunikasi dapat berfungsi dengan baik apabila kerja pembersihan mula dijalankan selepas banjir reda.

“Kita nak apabila kerja pembersihan dilakukan, line (liputan) telekomunikasi yang terjejas dapat dibaik pulih dan mangsa boleh gunakan perkhidmatan telekomunikasi segera,” katanya.

Beliau juga meminta media menghubungi pejabatnya secara terus, jika mengalami kesukaran membuat liputan di lapangan, terutama di PPS.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi mengumumkan, Kementerian Komunikasi Digital (KKD) diterajuinya akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada mangsa banjir melalui Tabung Bantuan Bencana.

Jelasnya, tabung itu sudah diwujudkan Disember tahun lalu dan awalnya, ia bertujuan memberi sumbangan kepada agensi di bawah kementerian tersebut.

“Tapi ia diperluas merangkumi rakan strategik KKD dan (sehingga) sekarang ia berjaya mengumpul sebanyak RM6.15 juta dalam bentuk tunai dan barangan.

“Pada ketika ini, kita masih mempunyai jumlah sebanyak RM4.2 juta dalam bentuk tunai dan barangan dari syarikat telekomunikasi, seperti Digi dan lain-lain bernilai RM500,000.

“Pihak kementerian akan berurusan dengan agensi berkaitan untuk kenal pasti mangsa yang boleh dibantu,” katanya. - Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan