web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Umum Pakej Internet ‘Bayar RM5, Kelajuan 3 Kali Ganda’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 4:25PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hanya dengan bayaran RM5 sebulan, pelanggan pakej prabayar internet mudah alih dikenali Pakej Perpaduan yang akan dilancarkan kerajaan bermula Februari depan, bakal menikmati kemudahan jalur lebar pada kelajuan tiga kali ganda daripada perkhidmatan di pasaran semasa.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, tawaran menarik itu membolehkan pengguna menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus, berbanding pakej sedia ada, iaitu daripada RM10 sebulan kepada RM5 sebulan.

Katanya, langganan itu dilaksanakan membabitkan kerjasama lima syarikat telekomunikasi, iaitu Celcom-Digi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

“Katanya, harga dikenakan itu lebih rendah untuk kapasiti kelajuan berkenaan, berbanding dengan apa ditawarkan ketika ini.

“Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.

“Dengan hanya RM5 sebulan, golongan itu boleh menikmati kemudahan internet dan komunikasi dengan kelajuan tiga megabit sesaat (Mbps) melalui data 30GB,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, Pakej Perpaduan menawarkan peningkatan kelajuan internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps, dengan kuota dinaikkan daripada 20GB untuk 90 hari kepada 30GB untuk tempoh lebih lama, iaitu 180 hari.

Menurutnya, ia adalah pakej asas disediakan kepada golongan sasaran dan terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakei ini.

Pada masa sama, Fahmi berkata, beliau yakin usaha dilaksanakan kementeriannya dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan itu, sejajar hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan kos sara hidup dan memastikan kesalinghubungan digital menyeluruh.

“Justeru, langkah penurunan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik, diberi perhatian serius oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, inisiatif terbabit diharap mampu memberi peluang kepada lebih ramai pengguna dalam kumpulan sasaran, mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi berkualiti serta meningkatkan akses kepada kemudahan berkenaan.

“Penyedia perkhidmatan akan membuat pengumuman lanjut mengenai Pakej Perpaduan kepada pengguna dalam masa terdekat,” katanya. – Getaran, 21 Disember 2022

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar