web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramai Wakil Rakyat Peguam, Bekas Hakim Tapi Masuk Parlimen, Lagi Kuat Jerit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 11:52AM

Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan supaya  Peraturan Mesyuarat Parlimen dipinda bagi mengelakkan sikap ‘kecoh’, ‘terjerit-jerit’ dan tidak berdisiplin dalam kalangan Ahli Parlimen ketika persidangan Dewan.

Beliau berkata, pindaan itu wajar memasukkan peraturan bahawa mereka tidak lagi dibenarkan mencelah ‘sesuka hati’ semasa Ahli Parlimen sedang bercakap.

Katanya, ia membolehkan setiap Ahli Parlimen dapat berhujah, mengkritik, menegur dan memberi pandangan dengan lancar tanpa gangguan

“Mungkin boleh dicontohi Peraturan Mesyuarat Perkara 45 (2) Dewan Negeri Johor di mana pencelahan tidak dibenarkan, melainkan jika menyalahi peraturan mesyuarat.

“Kalau Akta Anti Lompat Parti boleh dibuat maka amat wajar juga Peraturan Tetap Dewan dipinda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, ketika menjadi Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat, beliau menyaksikan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-15 selama dua hari sehingga semalam yang membuatkannya rasa malu menonton perlakuan Ahli Parlimen terbabit.

Malah, ia bukan hanya situasi yang memalukan kepada rakyat, tetapi mengaibkan untuk dilihat dunia luar.

Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar Fail
Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar Fail

Justeru, mantan Ahli Parlimen Batu Pahat itu mempersoalkan apakah budaya kecoh seperti itu perlu berterusan.

“Dulu saya dalam Dewan sekarang saya di luar. Baru saya nampak buruknya gelagat Ahli Parlimen terjerit-jerit sampai keluar perkataan beruk dan kera.

“Saya perlu mengaku, kini saya insaf kerana pernah terlibat dengan sidang kecoh seperti itu. Saya Ahli Parlimen dari 2008-2013,” katanya.

Menurutnya, rakyat yang tekun mendengar Ahli Parlimen berhujah, turut terganggu apabila kelancaran itu diganggu Ahli Parlimen tidak berdisiplin.

Puad berkata, ada yang mencadangkan supaya Parlimen menggunakan budaya mahkamah bila berhujah, iaitu pendakwa dan peguambela berdebat secara bersopan dengan menghormati arahan hakim.

Bagaimanapun, katanya, adakah itu boleh dilaksanakan di Parlimen.

“Ramai Ahli Parlimen adalah peguam dan ada bekas hakim. Tetapi bila masuk Parlimen, mereka lagi kuat menjerit dan tidak patuh arahan Speaker.

“Justeru perlukah peraturan mesyuarat Parlimen dipinda supaya lebih ketat?” soalnya.

Terdahulu, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung kelmarin dan semalam, kecoh hampir sepanjang masa, termasuk ketika pembentangan usul undi percaya kepada Perdana Menteri apabila beberapa Ahli Parlimen ‘berperang mulut’ dan mencetuskan provokasi.

Situasi itu turut menyaksikan mereka mengeluarkan hujah dan kata-kata tidak berparlimen, seperti ‘bodoh, beruk, kera, penyamun’. – Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam