web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Beberapa Balai Polis Di Kelantan, Terengganu Turut Dinaiki Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 11:24AM

Acryl Sani Abdullah Sani berkata anggota polis telah mengambil langkah awal untuk memastikan dokumen penting serta peralatan yang mudah terjejas akibat air dialihkan ke tempat yang selamat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Beberapa balai polis di Terengganu dan Kelantan turut terjejas setelah dinaiki air ekoran banjir yang melanda Pantai Timur, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ditemui pemberita selepas menghadiri pelancaran misi bantuan ke Pantai Timur peringkat Kementerian Dalam Negeri oleh menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini hari ini, Acryl Sani berkata bilangan balai polis yang terjejas di dua negeri itu akan dikenal pasti.

"Namun anggota polis telah mengambil langkah awal untuk memastikan dokumen penting serta peralatan yang mudah terjejas akibat air dialihkan ke tempat yang selamat," katanya.

Ditanya sama ada anggota di Ibu pejabat polis Bukit Aman akan digerakkan ke Pantai Timur, beliau berkata polis telah mengaturkan bantuan tenaga manusia ke tempat-tempat yang dipercayai dilanda banjir.

"Setakat ini kita masih mampu untuk memberi bantuan kepada pasukan keselamatan lain dalam usaha memindahkan mangsa ke pusat penempatan sementara (PPS) dan memastikan pergerakan tenaga bantuan dijalankan dengan lancar," katanya.

Merujuk kepada kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor pula, Acryl Sani berkata polis sedang dalam proses memadankan data mangsa yang masih hilang dalam tragedi itu dengan laporan polis yang dibuat ahli keluarga dan waris.

Beliau berkata polis yakin akan ada waris yang tampil ke balai polis untuk melaporkan terdapat ahli keluarga tidak dapat dikesan dan dipercayai hilang.

"Kita masih menunggu, dan lepas ini akan padankan dan maklumkan angka sebenar yang kita percaya masih lagi hilang," katanya.

Insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berkenaan pada kira-kira 2.42 pagi, Jumaat lepas, kini telah mengorbankan 25 nyawa dengan lapan masih hilang. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad