web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Karam Dipukul Ribut, Tiga Pemancing Dikhuatiri Lemas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 3:43PM

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menjalankan operasi mencari 3 lelaki yang dikhuatiri lemas selepas keluar memancing, di daratan LKIM, Kuala Besar, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tiga pemancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka terbalik dalam jarak lebih kurang sembilan batu nautika dari daratan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 8.30 malam itu disedari seorang lelaki yang melihat bot dinaiki tiga mangsa berkenaan terbalik.

Mangsa dikenali sebagai Mat Harun Mohd Nor, 54, Mat Awang @ Jali, 55 dan Zulshahmi Danial Zulazman, 26, dikatakan keluar ke laut untuk memancing dan mencandat sotong.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya dimaklumkan tiga mangsa berkenaan yang menaiki bot jenis fiber, keluar pada jam 5 petang semalam di jeti Kampung Keseng, Kuala Besar.

Katanya, bot dinaiki mangsa hilang selepas karam di perairan Kuala Besar pada jam 8.30 malam semalam akibat ribut pada jarak lebih kurang 9 batu nautika dari jeti LKIM.

"Pihak kita menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan pada jam 7.12 pagi tadi.

"Maritim Negeri Kelantan menggerakkan pasukan Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) dan Kapal Maritim (KM) Amanah dengan kekuatan seramai 24 orang untuk melakukan pencarian.  

"Sektor pencarian dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam jarak 25 batu nautika persegi dengan menumpukan kawasan bot terbalik," katanya di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan orang awam supaya sentiasa mengutamakan keselamatan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. 

"Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengn Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-778 0070 atau MRSC Kuantan di talian 09-5717345," katanya. – Getaran, 24 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Saya Nampak Bumbung Jatuh Timpa Kereta’ - Penduduk Apartment Putra Ria

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kuatnya Angin, Nak Terbang Kita Dibuatnya Wak!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Anggota Polis, Korban Terakhir Tragedi Bot Karam Di Kapit Ditemukan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran