web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Negara Bersedia Hadapi Banjir, Termasuk Kawasan Berisiko Tinggi - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 8:26PM

Ahmad Zahid berkata, tahap kesiapsiagaan turut ditambahbaik bagi berdepan situasi itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat, iaitu pusat, negeri dan daerah sudah diaktifkan bagi menghadapi bencana yang sedang dan bakal berlaku, termasuk di kawasan berisiko tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahap kesiapsiagaan turut ditambahbaik bagi berdepan situasi itu.

Katanya, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga sudah dilengkapi dengan keperluan asas untuk mangsa terkesan.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada 19 Disember telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan peringkat Bahaya yang dikemas kini semalam bagi Kelantan, Terengganu dan Pahang serta peringkat Buruk untuk Perlis, Kedah, Perak dan Pahang.

“Luruan monsun dijangka berterusan sehingga 25 Disember dan hujan berterusan diramal berlaku di timur serta utara Semenanjung.

“Hujan lebat berterusan juga dijangka tertumpu di Pahang dan Johor bermula 21 hingga 22 Disember,” katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau meminta semua Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk memastikan segala aset pengoperasian adalah mencukupi.

Katanya, beliau juga meminta ia berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

Mangsa yang memerlukan bantuan kecemasan jelasnya, diminta terus menghubungi talian 999 untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

“Saya menyeru semua penduduk di kawasan terdedah kepada banjir, patuh kepada arahan pihak berkuasa dan berpindah awal sebelum keadaan bertambah buruk, sesuai dengan amaran hujan berterusan peringkat bahaya oleh METMalaysia.

“Saya juga berharap ketua keluarga untuk sentiasa memantau pergerakan (ahli) keluarga di kawasan banjir, bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada keluarga masing-masing,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, banjir di bebebrapa negeri, terutama Pantai Timur semakin buruk sejak beberapa hari lalu, susulan hujan berterusan.

Sebanyak 10 sungai utama di Kelantan turut melepasi paras bahaya membabitkan enam jajahan, iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok setakat jam 1 tengah hari tadi.

Berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, tiga daripadanya terletak di Kuala Krai, iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang dengan bacaan 39.40 meter (m), Sungai Kelantan (25.19 m) dan Sungai Nal (29.24 m).

Selain itu, masing-masing dua sungai di Jeli dan Tanah Merah merekodkan bacaan paras bahaya, iaitu Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah (55.76 m), Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.72 m) serta Kampung Jenob (24.97 m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.08 m).

Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pula mencatatkan bacaan 10.70 m, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.00 m) dan Jambatan Melor, Bachok (9.87 m), iaitu bacaan di paras bahaya.

Paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu merekodkan bacaan 3.44 m dan Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh (2.73 m), iaitu tahap waspada. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek