web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Final Piala Dunia: ‘Ayuh Tonton Bersama Di Kompleks Sukan Ecopark’ - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 5:40PM

Fahmi Fadzil - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kehangatan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 hari ini semakin terasa apabila hanya tinggal beberapa jam menjelang sepak mula acara itu pada 11 malam nanti.

Bagi menambah kemeriahan suasana, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, mengajak orang ramai bersama-sama menyaksikan perlawanan itu di Kompleks Sukan Ecopark Pantai Dalam bermula jam 10 malam ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, selain menyaksikan perlawanan akhir secara siaran langsung, pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman percuma, selain berpeluang memenangi cabuah bertuah.

“Malam ini perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022! Pasukan manakah yang akan menjuarai Piala Dunia musim ini?

“Ayuh semua, ajak keluarga, rakan dan jiran datang ke Ecopark Pantai Dalam untuk saksikan secara langsung perlawanan akhir ini bersama-sama! Jangan lupa untuk menyokong pasukan kegemaran anda.

“Makan minum dan cabutan bertuah juga disediakan kepada semua. Jumpa di Ecopark malam ini!,” katanya menerusi hantara di Facebook.

Acara itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengawai Eksekutif Red One Network (redONE) Sdn Bhd, Faris Yunus dan Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Muqharabbin Mokhtarrudin.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, redONE, Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Universiti Malaya (UM) dan ATL Cosmetics.

Saingan akhir itu bakal menyaksikan perlawanan antara Perancis yang juga juara Piala Dunia tahun sebelum ini dengan Argentina.

Perancis berjaya melangkah ke pentas akhir selepas menewaskan Morocco dengan keputusan 2-0, manakala Argentina mengalahkan Croatia (3-0). – Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar