web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Akta Waktu Kerja Fleksibel: Tiada Paksaan Untuk Majikan – Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 3:21PM

V Sivakumar - Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel yang bakal dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia, tidak bersifat memaksa majikan. 

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, perkara itu sebaliknya hanya digalakkan bagi meningkatkan produktiviti pekerja.

Justeru, katanya, terpulang kepada majikan sama ada mahu melaksanakan sistem berkenaan atau tidak.

“Dengan adanya pindaan dalam akta ini, ia akan menjadi satu galakan lebih bersifat perundangan, tetapi tiada paksaan.

“Jadi ini adalah satu penambahbaikan kepada sistem atau cara kita bekerja di negara ini.

“Bukan semua orang boleh mengikuti masa sama untuk bekerja, contohnya mungkin ada pihak tertentu yang tidak boleh bekerja antara jam 8 pagi hingga 5 petang disebabkan beberapa urusan seperti tanggungjawab (terhadap) keluarga, hingga memaksa mereka masuk kerja lewat dan sanggup pulang lewat,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada program Khatan Perdana di Surau Nurul Huda, Taman Tasek Putra, Tronoh, Batu Gajah, Perak hari ini.

Pada masa sama, Sivakumar berkata, majikan digalak melaksanakan waktu kerja fleksibel bagi membolehkan individu bekerja untuk tempoh tertentu pada setiap hari, supaya dia tetap perlu bertugas selama masa ditetapkan.

“Apa masalahnya kalau dia boleh bekerja untuk tempoh itu walaupun tidak ikut jadual ditetapkan dan itulah kaedah disarankan dalam undang-undang ini,” katanya.

Semalam Getaran melaporkan, Sivakumar memberitahu bahawa Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara perkara bakal dilaksanakan kementeriannya dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pindaan itu juga termasuk dalam beberapa pelan dirancang kementerian, malah pihaknya sedang mendapatkan maklum balas daripada semua agensi berkaitan untuk mengetahui peranan dan fungsi setiap jabatan dengan baik.

“Saya juga sedang lihat semua dasar sedia ada dan apa sahaja yang akan saya laksanakan itu akan dibuat selepas saya mendapatkan input.

“Mungkin saya akan mengambil masa kira-kira seminggu lagi untuk mendapatkan informasi.

“Saya harap perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya. – Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Cadang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing

3

Semasa 2 tahun yang lalu

4.5 Juta Rakyat Malaysia Mungkin Hilang Pekerjaan Jika Tidak Tingkat Kemahiran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih RM200,000 Faedah SKSSR Dibayar Kepada Suri Rumah, Keluarga - Sivakumar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam