web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4.5 Juta Rakyat Malaysia Mungkin Hilang Pekerjaan Jika Tidak Tingkat Kemahiran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 5:09PM

Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (reskilling) dan melaksanakan latihan semula (upskilling) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (reskilling) dan melaksanakan latihan semula (upskilling).

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata Forum Ekonomi Dunia 2020 memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) boleh menyebabkan berlakunya kemelesetan pasaran pekerjaan berikutan AI sudah digunakan untuk mengautomasikan tugas dalam pelbagai industri termasuk pembuatan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pelanggan.

“Dalam laporan yang sama turut menyatakan bahawa untuk mengekalkan pekerjaan dalam tempoh dua tahun akan datang, 50 peratus pekerja perlu dilatih semula, dengan kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0, wujud keperluan yang mendesak untuk kita mengubah tenaga kerja negara supaya menjadi tenaga kerja yang lebih mahir untuk kekal relevan.

“Namun, kita bernasib baik kerana pekerjaan yang baru muncul ini ialah pekerjaan yang boleh digabungkan dengan teknologi dan keperluan meningkatkan kemahiran bukan sahaja untuk kemajuan atau perubahan kerjaya, tetapi untuk kekal dalam pekerjaan,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran dan Apresiasi Industry Driven Talent Acceleration Programme (ID-TAP) 2023 di Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) hari ini.

Berikutan itu, Sivakumar berkata kementeriannya menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mewujudkan ID-TAP yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja dalam negara berdasarkan keperluan industri.

Untuk inisiatif tersebut, Sivakumar berkata sebanyak RM7.2 juta diperuntukkan bagi peserta yang merupakan mereka yang bekerja dan akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan oleh industri seperti mekatronik, kejuruteraan elektrik dan elektronik, analisis data serta teknologi maklumat.

“Sasaran kerjasama ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja berdasarkan keperluan industri dalam memacu ekonomi negara.

“Antara kumpulan bakat yang disasarkan adalah pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja selama lima tahun dan ke bawah bagi meningkatkan kemahiran dan melatih semula para pekerja tersebut mengikut keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah memberi kelulusan kepada 627 peserta antaranya Kedah sebagai yang tertinggi iaitu 177, Selangor (88) dan Negeri Sembilan (75) yang akan dilatih di bawah program itu.

Sivakumar berkata mereka yang berminat mengikuti program tersebut boleh memohon menerusi industri ataupun syarikat dan pusat pembangunan kemahiran negeri serta perlu melalui beberapa proses di peringkat penyedia latihan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Cadang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih RM200,000 Faedah SKSSR Dibayar Kepada Suri Rumah, Keluarga - Sivakumar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Beberapa Pegawai Ditukar Dalam Pembersihan Kementerian Sumber Manusia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ketua Setiausaha KSM Baharu Laksana ‘Pembersihan Dalaman’

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan