web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Proses Gali Tanah Berperingkat, Elak Mayat Terkena Jentera Pengaut - Bomba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 1:28PM

Norazam Khamis berkata pada peringkat awal, pihaknya akan mengorek dan mengeluarkan tanah runtuhan sedalam tiga atau empat kaki untuk memudahkan mayat mangsa dikesan - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Proses penggalian tanah runtuhan menggunakan jentera pengaut di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan jentera mengenai mayat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pada peringkat awal, pihaknya akan mengorek dan mengeluarkan tanah runtuhan sedalam tiga atau empat kaki untuk memudahkan mayat mangsa dikesan.

“Kita percaya mayat mangsa berada di dalam atau antara tanah runtuhan dan tanah asal. Jadi untuk mengeluarkannya, kita pada peringkat awal akan menggali atau mengorek tanah runtuhan sedalam tiga atau empat kaki.

“Selepas itu pasukan penggalian akan berhenti dan membuat pemeriksaan sama ada melalui unit anjing pengesan K9 atau secara manual. Jika tiada tanda-tanda menunjukkan mayat, kita akan teruskan penggalian namun secara perlahan untuk elak mayat terkena dengan pengaut jentera tersebut,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Norazam Khamis - Gambar oleh Syeda Imran
Norazam Khamis - Gambar oleh Syeda Imran

Norazam berkata proses penggalian tanah runtuhan juga dipantau oleh seorang anggota pasukan penyelamat yang akan memberi panduan dan arahan mengenai cara-cara penggalian dilakukan.

“Kita tak nak mereka (pasukan penggalian) korek tanah itu seperti mereka mengorek tanah untuk kerja-kerja pembersihan tanah. Ia harus dilakukan secara perlahan dan tidak secara dalam,” katanya.

Beliau berkata setakat pagi ini, sebanyak lapan unit jentera pengaut digerakkan ke lokasi dan berkemungkinan ditambah mengikut kesesuaian.

Selain itu, Norazam berkata pasukan penyelamat juga telah mendapat bantuan peralatan Ground Penetrating Radar daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk membantu proses pengesanan mayat di dalam tanah.

“Kedua-dua pasukan yang menggunakan peralatan ini telah ditempatkan di sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) bagi membantu mengesan lokasi mayat dan juga mengukur ketebalan tanah runtuhan yang berlaku ke atas mangsa-mangsa,” katanya.

Insiden runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkheman itu pada 2.42 pagi Jumaat telah mengorbankan 24 daripada  keseluruhan 94 mangsa setakat petang semalam, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Di Kampung Seberang Janggut, Penduduk Terputus Hubungan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek