web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh Batang Kali: Pihak Berkuasa Perlu Tegas, Konsisten

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 10:01AM

Ada yang mempersoal tindakan kerajaan menyalahkan pengusaha dan pemilik setiap kali berlakunya tragedi, sedangkan pihak berkuasa seharusnya menjadi individu pertama yang bertindak - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Pihak berkuasa perlu konsisten dan tegas agar tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Batang Kali dapat dielakkan.

Pertubuhan perdagangan pelancongan dan veteran industri berkongsi pendapat senada bahawa penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan perlu konsisten, khususnya dalam mendepani perubahan iklim.

Ejen pelancongan veteran, Eric R Sinnata berkata, perubahan iklim boleh memburukkan fenomena semula jadi, daripada hujan kepada banjir, tanah runtuh dan hakisan pantai kerana corak cuaca telah mengubah dunia.

“Dunia semakin tua dan jika berterusan merosakkan alam, ia akan ‘bertindak balas’ dengan gempa bumi, tanah runtuh atau kerosakan pantai.

“Di Batang Kali, Selangor, jika pengusaha tapak perkhemahan itu tidak berlesen, keseluruhan operasi perlu ditutup. Saya difahamkan ia telah beroperasi sejak dua tahun lalu. Timbul juga isu sama ada tapak tersebut memiliki insurans atau tidak,” katanya dalam wawancara bersama The Vibes.

Eric R Sinnata berkata, perubahan iklim boleh memburukkan fenomena semula jadi, daripada hujan kepada banjir, tanah runtuh dan hakisan pantai kerana corak cuaca telah mengubah dunia - Gambar ihsan Eric R Sinnaya
Eric R Sinnata berkata, perubahan iklim boleh memburukkan fenomena semula jadi, daripada hujan kepada banjir, tanah runtuh dan hakisan pantai kerana corak cuaca telah mengubah dunia - Gambar ihsan Eric R Sinnaya

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan menyalahkan pengusaha dan pemilik setiap kali berlakunya tragedi, sedangkan pihak berkuasa seharusnya menjadi individu pertama yang bertindak.

“Jika ia haram, tutup sahaja. Kerajaan mengulangi kesilapan lalu tetapi pada masa sama, bercakap mengenai pembaharuan dan perubahan,” katanya.

Ketika perubahan alam sukar ditebak, masih ada langkah pencegahan yang berupaya mengekang tragedi daripada berlaku, kata Pengarah Urusan Tropical Charters Sdn Bhd, Datuk Alexander Isaac.

“Pertama, pemilik produk pelancongan perlu memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan saling seiring apabila melibatkan pelanggan,” kata Alexander.

Jika hujan, pemeriksaan di kawasan sekitar perlu dilakukan bagi memastikan kawasan berkenaan selamat untuk aktiviti perkhemahan, tambahnya.

Alexander berkata, beliau menjalankan perkhidmatan kapal persiaran di Langkawi dan saban hari mengingatkan pekerjanya agar melindungi keselamatan pelanggan.

“Saya juga tidak pasti jika ada permit khas untuk berkhemah di lereng bukit. Di bawah agensi mana permit ini dikeluarkan?”

Bekas Pengerusi Persatuan Agensi Pengembaraan dan Pelancongan Malaysia cawangan Kedah, Ahmad Pishol Ishak turut bersetuju bahawa penguatkuasaan di semua lokasi tumpuan pelancong perlu konsisten, dan ia memerlukan kerjasama antara agensi persekutuan dan pihak berkuasa tempatan.

“Daripada perhutanan hingga saliran, jurutera pengairan kepada kerajaan tempatan, juruaudit dan juruukur tanah, semuanya memainkan peranan penting.”

Ahmad Pishol Ishak bersetuju bahawa penguatkuasaan di semua lokasi tumpuan pelancong perlu konsisten, dan ia memerlukan kerjasama antara agensi persekutuan dan pihak berkuasa tempatan - Gambar Facebook Ahmad Pishol Ishak
Ahmad Pishol Ishak bersetuju bahawa penguatkuasaan di semua lokasi tumpuan pelancong perlu konsisten, dan ia memerlukan kerjasama antara agensi persekutuan dan pihak berkuasa tempatan - Gambar Facebook Ahmad Pishol Ishak

Katanya, adalah satu tragedi apabila Malaysia yang sering terlindung daripada bencana alam seperti gempa bumi dan taufan kini mencetuskan malapetaka sendiri hasil kecuaian serta kealpaan, berbanding memastikan semua peraturan atau garis panduan dipatuhi.

Naib Presiden Persatuan Hotel-Hotel Malaysia, Datuk Khoo Boo Lim berkata, ini adalah faktor mengapa pengusaha hotel mahu pemilik Airbnb dikenakan peraturan sama agar keselamatan pelanggan terjaga.

“Segelintir pengusaha Airbnb tidak mematuhi garis panduan seperti kecemasan jika berlaku kebakaran dan kesihatan awam, jadi jika berlaku tragedi, siapa yang patut dipersalahkan?” soal Khoo.

Khoo berkata, penguatkuasaan perlu dijalankan, dan menambah, ia perlu adil untuk semua pengusaha pelancong. - The Vibes, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad