web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


This is Dengki Ke, Bawa Fahmi Reza Ke Lokap

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 9:00AM

Fahmi Reza akan dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan reman. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Artis grafik kontroversi, Fahmi Reza ditahan susulan satu hantaran berbaur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin ditahan di sebuah lokasi di ibu negara, semalam, oleh sepasukan anggota JSJ Bukit Aman.

"Penahanan ke atas suspek dibuat susulan satu laporan polis yang diterima berkaitan satu hantaran yang dibuat suspek menggunakan akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

"Hantaran itu mengandungi sekeping gambar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berserta kapsyen berbunyi 'This is dengki ke?" katanya dalam kenyataan.

Huzir berkata, Fahmi Reza akan dibawa ke hadapan majistret, hari ini untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut.

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kita menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran serta mengganggu-gugat keharmonian negara," katanya.

Getaran dimaklumkan bahawa Fahmi Reza kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebelum perintah remannya diperoleh hari ini.

Beberapa hari lalu, Fahmi dikatakan terbabit dalam penyiaran gambar wajah Raja Permasuri Agong dengan kapsyen bertulis “Dengki ke” di platform media sosial miliknya termasuk Facebook dan Twitter. - Getaran, 24 April 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad