web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19, 7 Daerah Lanjut Tutup Sekolah Hingga 1 Mei

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 8:56AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Penutupan sekolah di tujuh daerah di Kelantan disambung sehingga 1 Mei depan, susulan peningkatan kes COVID-19 termasuk dalam kalangan pelajar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Zulkernai Fauzi menerusi surat pemakluman berkata, sekolah di tiga daerah lain iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang perlu beroperasi seperti biasa.

Katanya, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan untuk semua sekolah yang ditutup. 

“Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) bagi mengawal penularan COVID-19 yang diadakan pada 21 April mencadangkan pelanjutan tempoh penutupan sekolah di tujuh daerah.

“Mengambil kira cadangan JKKN, JPN memutuskan supaya tempoh penutupan semua sekolah di jajahan terbabit dilanjutkan sehingga 1 Mei. Oleh yang demikian, PdPR hendaklah diteruskan,” katanya.

Menurutnya, murid yang berada di asrama, perlu terus kekal di sekolah masing-masing.

Media sebelum ini melaporkan, semua sekolah di tujuh daerah di Kelantan ditutup mulai 18 sehingga 24 April susulan peningkatan kes COVID-19.

Ia membabitkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, 93 sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) di seluruh Kelantan juga akan ditutup sehingga 1 Mei ini.

Katanya, pihak sekolah perlu mengambil tanggungjawab untuk memberitahu ibu bapa atau penjaga berhubung penutupan ini.

"Proses PdPR perlu berjalan seperti biasa. Kita menutup sekolah di semua daerah kerana Kelantan masih melaksanakan PKP.

"Ia juga demi kebaikan pelajar dan untuk mengekang COVID-19 daripada menular di sekolah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Getaran, 24 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad