web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanih Tepu Dipercayai Punca Utama Tanah Runtuh Di Batang Kali - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 10:59PM

Keadaan lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca utama berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.

Pakar Geologi Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo keadaan itu menyebabkan struktur tanih iaitu lapisan tanah yang subur di bawah lapisan tanah yang di atas sekali menjadi lemah sekali gus menyebabkan cerun di kawasan berkenaan tidak stabil. 

“Apabila hujan berterusan, ruang-ruang tanah akan mula diisi dengan air menyebabkan struktur tanih ini menjadi lembab dan lemah.

“Keadaan diburukkan lagi dengan cuaca redup menyebabkan proses sejatan untuk mengurangkan kandungan air pada tanah berkurangan yang mendorong berlakunya kejadian gelongsoran tanah dengan membawa sejumlah besar tanah dari bahagian cerun,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau juga berpendapat tapak perkhemahan itu tidak sesuai didirikan di situ memandangkan ia terletak berhampiran dengan kawasan lembah sungai iaitu hanya pada jarak lebih kurang 30 meter selain berdekatan dengan kawasan cerun buatan atau tambakan jalan. 

Pensyarah di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman turut bersetuju bahawa tapak perkhemahan di kawasan tanah tinggi sememangnya berisiko untuk mengalami tanah runtuh terutama semasa fasa Monsun Timur Laut (MTL).

“Tanah runtuh adalah bencana yang kedua kerap berlaku selepas banjir di negara ini dan ia sering berlaku semasa musim Monsun Timur Laut. Setiap cerun yang berisiko berlaku tanah runtuh mempunyai tanda tertentu termasuk berlaku penyusutan tanah atau tanda rekahan apabila gerakan tanah mula berlaku.

“Mungkin kita kurang cakna apabila ada rekahan kecil dan tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya sehingga berlaku tanah runtuh, sedangkan ia merupakan tanda amaran awal,’’ katanya. 

Pakar Meteorologi Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah pula berkata Malaysia kini berada di fasa MTL yang membawa hujan berterusan hingga Mac 2023.

“Apabila hujan lebat berterusan, setiap cerun berisiko untuk berlaku pergerakan tanah dan kejadian tanah runtuh terutama di kawasan-kawasan yang ‘diusik’ dengan pembangunan,” katanya. 

Setakat 8 malam tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 21 mayat telah dijumpai, 12 masih hilang manakala 61 lagi mangsa berjaya diselamatkan.

Insiden tanah runtuh melibatkan Father’s Organic Farm pada 2.42 pagi itu memerangkap seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dilakukan pasukan penyelamat antaranya melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM). - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad