web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bedah Siasat Mangsa Tanah Runtuh Dijalankan Di Hospital Sungai Buloh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 5:16PM

Beberapa kenderaan polis yang membawa mangsa tidak dikenal pasti dikesan memasuki kawasan bilik mayat HKL kira-kira jam 12.20 tengah hari - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses bedah siasat bagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, awal pagi tadi  akan dijalankan di Hospital Sungai Buloh.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberitahu pemberita bahawa arahan daripada polis hanya disampaikan sebaik mayat tiba di hospital besar di sini.

Beberapa kenderaan polis yang membawa mangsa tidak dikenal pasti dikesan memasuki kawasan bilik mayat HKL kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Konvoi berkenaan bertolak kira-kira 10 minit kemudian.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata,  setakat 11 pagi tadi, seramai 13 mangsa maut dalam kejadian itu manakala tujuh lagi sedang menerima rawatan di pelbagai hospital.

Tiga pesakit termasuk seorang wanita hamil berada di bahagian kecemasan Hospital Selayang manakala tiga lagi dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru.

Seorang lagi pesakit yang mengalami kecederaan tulang belakang sedang dipantau di HKL.

Setakat ini, polis berkata, 21 mangsa lagi masih hilang manakala usaha mencari dan menyelamat dengan lebih 200 anggota sedang dijalankan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 12.30 tengah hari mengarahkan semua tapak perkhemahan dan kawasan rekreasi air di Batang Kali ditutup berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri juga dijangka melawat kawasan itu lewat hari ini. – The Vibes, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad