web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Runtuhan Susulan Mungkin Berlaku - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 4:00PM

Berdasarkan cerapan data awalan di tapak kejadian, terdapat kegagalan pada cerun tambakan sehingga mengakibat runtuhan tanah di tapak perkhemahan tersebut - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menolak kemungkinan akan berlaku runtuhan susulan di kawasan tanah runtuh dekat tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya, di sini.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan lanjut daripada agensi yang terlibat bagi menentukan tahap keselamatan di lokasi tersebut.

“Risiko itu ada tapi kita akan tunggu maklumat terperinci daripada agensi yang terlibat.

“Arahan kita supaya berjaga-jaga dan mengambil tindakan berdasarkan laporan diterima dengan menutup beberapa kawasan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi tanah runtuh, di sini hari ini.

Jelas beliau, berdasarkan cerapan data awalan di tapak kejadian, terdapat kegagalan pada cerun tambakan sehingga mengakibat runtuhan tanah di tapak perkhemahan tersebut.

“Terdapat kegagalan pada cerun tambakan dengan dimensi runtuhan sepanjang kira-kira 500 meter, lebar 200 meter dan sedalam lapan meter dengan anggaran isipadu runtuhan 450,000 meter padu melanda kawasan tersebut,” katanya.

Pada masa sama, Nik Nazmi mewakili kementeriannya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dan yang terjejas akibat insiden tersebut.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap ancaman tanah runtuh atau bencana geologi lain di kawasan masing-masing.

“Sekarang adalah musim hujan, jadi elakkanlah berada di kawasan berisiko,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Di Kampung Seberang Janggut, Penduduk Terputus Hubungan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran