web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fokus Basmi Kemiskinan Bermula Januari Depan - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 4:47PM

Rafizi Ramli - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tumpuan untuk mengkaji, mengemaskini dan menambahbaik pelaksanaan projek basmi kemiskinan tegar di seluruh negara bakal bermula bulan depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia diyakini mampu memberi kesan langsung kepada rakyat, terutamanya golongan miskin.

Dalam log harian yang dimuatnaik di akaun TikTok miliknya, Rafizi berkata, beliau juga akan memberikan tumpuan untuk memahami persediaan dan keupayaan negara dalam memberikan subsidi bersasar.

“Saya banyak memberi tumpuan kepada memahami persediaan dan keupayaan kita dari segi data ke arah mengimbangi keperluan untuk memberikan subsidi bersasar dan juga kemampuan kewangan kita,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, fungsi utama kementeriannya adalah untuk merancang dan memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan dengan baik, agar lonjakan laba ekonomi sampai kepada rakyat.

“Apa beza Kementerian Ekonomi dengan Kementerian Kewangan? Kementerian Ekonomi mengambil pandangan dan perancangan bagi tempoh masa yang panjang.

“Jadi kami bertanggungjawab sebahagian besarnya bagi memastikan penyelarasan dari segi projek-projek jangka panjang atau perbelanjaan pembangunan supaya ia selaras dengan perancangan ekonomi dan menggerakkan ekonomi ke arah yang dikehendaki untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang kita perlukan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, selain daripada tugas harian seperti menghadiri mesyuarat dan membuat keputusan melibatkan pandangan serta dan kesan ekonomi, tumpuannya untuk 10 hari pertama selaku Menteri adalah untuk memahami projek dan juga perancangan jangka panjang terutamanya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Saya akan berkongsi perkembangan tugasan dan perancangan Kementerian Ekonomi secara minggu menerusi di media sosial,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad