web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Komunikasi Dan Digital Perhalusi Isu Keselamatan Siber, Lindungi Data Peribadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang berusaha untuk memperhalusi isu keselamatan siber bagi melindungi data peribadi pengguna dalam negara ini daripada terdedah kepada ancaman dalam talian seperti penipuan atau kecurian maklumat.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan isu keselamatan siber dan data peribadi perlu diutamakan selain pihaknya sedang meneliti dan merangka jalan penyelesaian segera terhadap isu berkenaan.

“Kita mesti ada satu pemahaman bahawa data adalah satu khazanah negara, kita ada data kita boleh buat pelbagai aktiviti, kita boleh sampaikan sumbangan, bantu anak miskin pastikan yang hendak masuk hospital dapat keutamaan, semua berkisarkan data, selamat data selamatlah masa depan kita,” katanya dalam temu bual Bicara Naratif terbitan Berita RTM di Angkasapuri, di sini malam tadi.

Beliau turut menyeru agar setiap pemegang data yang besar untuk berhubung dengan pihak CyberSecurity Malaysia (CSM) berkenaan dengan audit keselamatan siber bagi memastikan keselamatan data pengguna dalam negara terjamin.

Fahmi berkata perkara itu penting memandangkan sejak tahun 2017 hingga kini negara telah kehilangan lebih 100 juta set data peribadi yang telah dicuri oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menasihatkan agar mangsa penipuan (scam) untuk melaporkan kejadian yang menimpa mereka dan tidak malu untuk berhubung dengan pihak berkuasa.

“Jangan risau, jangan takut, jangan malu, dial 997, ini adalah Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di bawah jagaan Bank Negara Malaysia buatlah panggilan itu boleh dihubungi antara pukul 8 pagi sehingga 8 malam,” katanya.

Ditanya mengenai penubuhan Majlis Media Malaysia, Fahmi berkata beliau telah meminta pihak kementerian untuk membentangkan perkara itu dan beliau akan mendengar sesi pembentangan tersebut dalam tempoh satu atau dua minggu.

“Saya lihat tugas dan fungsi wartawan ini sebagai salah satu tiang seri dalam konsep kerajaan.

“Media pastikan semua (legislatif, eksekutif dan kehakiman) berjalan dengan baik. Saya dan timbalan saya, Teo Nie Ching konsisten dalam bab ini. Kami akan teliti apa yang patut,” katanya.

Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia disuarakan peserta Wacana Hari Wartawan Nasional (Hawana) pada 2018 yang mewakili pelbagai pertubuhan media dari seluruh negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Media Malaysia Tentukan Laporan Beretika Atau Sebaliknya

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengamal Media Perlu Patuhi Etika, Rujuk Kod Kandungan - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD Utamakan Pencapaian Konsesus Berhubung Penubuhan Majlis Media Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran