web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuala Wanita Percuma Di KKM Untuk Lihat Respon Segera, Diperluas Jika Berjaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 7:00AM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma di Kementerian Kesihatan (KKM) adalah bagi melihat aspek pengoperasian dan maklum balas segera terhadap usaha itu terlebih dahulu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sekiranya langkah itu berjaya, ia boleh diperluaskan ke fasiliti kesihatan yang strategik dan membabitkan orang awam.

“Saya mengambil maklum di atas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai mengenai kenyataan saya yang menyentuh pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat KKM.

“Saya ingin perjelaskan bahawa inisiatif hendak dimulakan di Ibu Pejabat KKM adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera.

“Sekiranya berjaya, saya lihat ia boleh diperluaskan ke fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Dr Zaliha berkata, inisiatif itu mungkin nampak kecil, tetapi boleh memberi impak besar untuk menangani isu kemiskinan haid.

“Apatah lagi ianya sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita,” katanya.

Kelmarin, Dr Zaliha memaklumkan beliau memulakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma di kementeriannya dalam usaha memerangi kemiskinan haid.

Beliau turut menyatakan hasratnya untuk membekalkan tuala wanita itu terlebih dahulu di tandas di pejabatnya dan kompleks bangunan KKM, sebelum diperluas ke kementerian lain.

“Sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama, saya perlu melakukan bahagian saya untuk menangani kemiskinan haid.

“Saya sebelum ini pernah bekerja dalam isu ini (kemiskinan haid) dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan), (tetapi) itu dalam skala lebih kecil.

“Saya percaya sudah tiba masanya untuk menangani perkara itu di peringkat dasar,” katanya semasa perhimpunan bulanan KKM dengan menerima tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 penjawat awam.

Bercakap kepada media, Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, peluasan usaha itu ke kementerian lain bergantung kepada sejauh mana ia diterima.

Katanya, KKM juga akan mengkaji bagaimana kebimbangan berhubung kemiskinan haid dapat dikurangkan dalam Bajet 2023.

“Kita akan lihat apa yang boleh dinaik taraf (dalam Bajet 2023). Ini (tuala wanita percuma di pejabat) adalah titik permulaan kita,” katanya.

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan perdebatan beberapa pihak, termasuk netizen serta selebriti, Caprice yang mempertikaikannya.

Menerusi hantaran video dimuat naik di Instagramnya, pempengaruh media sosial itu menyatakan, mungkin idea terbabit bagus, namun bagaimana dengan pemberian tuala wanita percuma kepada orang miskin, pelajar sekolah dan hospital.

Beliau turut membandingkan cadangan Dr Zaliha itu dengan Menteri Kesihatan terdahulu, Khairy Jamaluddin yang meletakkan standard dalam apa dilaksanakan.

“Menteri KKM terdahulu, iaitu Khairy Jamaluddin telah meletakkan standard. Tapi sebagai menteri baru KKM, dia cadang bagi tuala wanita percuma di pejabat menteri.

“Saya tidak boleh terima ini. Kita baru sahaja lepas COVID-19. Come on Malaysia.

“Adakah ini Raja Lawak?,” soalnya. - Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar