web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek 5G: Kerajaan Mahu Selesai Segera Isu 5G - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 7:00AM

Fahmi yakin isu 5G perlu diselesaikan segera sebelum melangkah ke era rangkaian 6G. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu menunggu keputusan Jemaah Menteri berhubung hala tuju pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB), demikian menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Katanya, kementeriannya dan Kementerian Kewangan telah membincangkan pelaksanaan projek tersebut dalam mesyuarat kelmarin dalam usaha mencari penyelesaian segera.

“Kita masih perlu selesaikan segera supaya rakyat, sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menggunakan infrastruktur ini yang akan membantu melonjakkan aktiviti perniagaan industri atau kehidupan seharian,” katanya dalam temu bual Bicara Naratif bertajuk ‘Membina Naratif Baharu’ terbitan Berita RTM di Angkasapuri, malam tadi.

Mengakui tidak dapat menyelesaikan dalam sekelip mata, namun Fahmi yakin isu 5G perlu diselesaikan segera sebelum melangkah ke era rangkaian 6G yang menurutnya masih awal bagi Malaysia.

DNB, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) milik kerajaan untuk membangunkan teknologi 5G, komited mempercepat jadual melancarkan liputan 5G kepada 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang 2024.

Sementara itu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan untuk mengutamakan penyelesaian terhadap masalah rakyat berbanding fokus terhadap jenama atau slogan baharu bagi setiap kementerian.

Katanya, perkara tersebut adalah berdasarkan kesedaran bahawa rakyat tidak lagi dahagakan barisan kepimpinan yang berfokuskan retorik semata-mata, malah mahukan kerajaan yang mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

“Orang tidak mahu dengar retorik dan slogan. Malah itu teguran perdana menteri, beliau kata janganlah kita ada jenama baharu. Kita fokus untuk selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Dalam program berdurasi satu jam itu, Fahmi juga memaklumkan akronim yang akan digunakan bagi Kementerian Komunikasi dan Digital kini adalah KKD.

Sebelum ini, kementerian tersebut dikenali sebagai K-KOMM iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi