Berita Terkini

27 minit yang lalu: KPN jamin siasatan telus kes bunuh di Tawau 27 minit yang lalu: TMJ mungkin tawar jawatan CEO JDT FC, penasihat Orang Muda Johor kepada KJ 30 minit yang lalu: Mangsa banjir di Sabah, Johor menurun, Pahang kekal 30 minit yang lalu: Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin 30 minit yang lalu: Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis

IKUTI KAMI


Khidmat Ditamat Serta Merta, Shafiq Ambil Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 3:52PM

Mohd Shafiq Abdullah - Gambar dari Facebook Bernama Radio

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah akan mengambil tindakan undang-undang, susulan penamatan perkhidmatan beliau yang berkuatkuasa semalam.

Mohd Shafiq berkata, penamatan jawatan itu adalah satu bentuk penganiayaan terhadap dirinya yang telah menyumbang tenaga dan fikiran sebagai penjawat awam selama 30 tahun.

Katanya, surat penamatan bertarikh 1 Disember itu hanya diterima semalam dan beliau tidak diberikan notis yang munasabah berhubung keputusan tersebut.

“Sejak saya menerajui perkhidmatan awam, banyak pelaksanaan penambahbaikan dalam perkhidmatan yang cuba saya usahakan termasuk arahan pusingan kerja, lawatan mengejut turun padang dan memberikan teguran bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

“Semua perkara itu tidak disenangi segelintir individu yang mempunyai kepentingan dalam perkhidmatan awam dan bersama pihak luar,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan diberikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berhubung penamatan tugas sebagai KPPA, berkuatkuasa semalam.

Mohd Zuki hari ini dipetik sebagai berkata, keputusan berkenaan selari dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

Beliau memberitahu, langkah menamatkan khidmat Mohd Shafiq dibuat mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Subseksyen tersebut bermakna bekas KPPA itu berhak menikmati semua faedah persaraan yang layak diterima.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd Shafiq berkata, beliau sepanjang berkhidmat turut memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan sektor terbabit.

“Beberapa usaha tanpa henti telah dilaksanakan untuk memburukkan imej dan reputasi saya melalui isu viral di media sosial dan media semasa, yang semakin memuncak dengan penamatan perkhidmatan saya, semalam.

“Untuk makluman rakyat Malaysia, saya tidak pernah mengancam kepentingan awam dalam sebarang perkhidmatan dan tindakan. Saya telah menjalankan tugas secara amanah dan tegas,” katanya.

Dakwanya lagi, terdapat usaha untuk menghalang dirinya daripada bertindak dengan segera dan secara efisien, apabila beberapa mesyuarat penting termasuk kenaikan pangkat telah ditangguhkan oleh Mohd Zuki, selaku Pengerusi Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.

“Saya juga tidak boleh membuat keputusan sewenangnya untuk melantik dan memberikan kenaikan pangkat pegawai awam kerana ia perlu melalui Mesyuarat Lembaga.

“Kelewatan mengadakan Mesyuarat Lembaga telah menyebabkan banyak jawatan penting yang kosong dalam sektor awam tidak dapat diisi dengan segera, terutama di peringkat pengurusan tertinggi kementerian atau agensi,” katanya.

Mohd Shafiq berkata, beliau amat menyokong aspirasi kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam, malah menyahut manifesto kerajaan baharu untuk membuat transformasi dalam perkhidmatan awam di Malaysia.

“Cabaran yang perlu ditangani termasuk membina perkhidmatan awam yang berfikiran usahawan bagi tindakan lebih proaktif dan menjana pendapatan untuk negara.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa Jemaah Menteri sebelum ini telah memutuskan untuk tidak mempertimbang penyambungan perkhidmatan Pegawai Awam secara kontrak bagi yang telah bersara,” katanya.

Keputusan tersebut jelas beliau, berupaya mengurangkan beban kewangan kerajaan, dari aspek pembayaran pencen dan gaji pada masa sama.

“Keputusan ini juga tidak dapat dilaksanakan segera disebabkan tekanan oleh pihak berkepentingan,” dakwanya.

Akui Mohd Shafiq, beliau sememangnya terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan itu.

“Sungguhpun demikian, saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati semua Pegawai Awam supaya menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, memegang prinsip berintegriti, tidak rasuah dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.

“Demi menjaga nama baik dan kepentingan anggota Perkhidmatan Awam, keputusan kerajaan ini akan diteliti secara mendalam, sekiranya sesuai dan perlu, semakan perundangan akan dilakukan,” katanya. – Getaran, 13 Disember 2022

Sorotan

1

Khairy Bakal CEO JDT? ‘Satu Pintu Ditutup…’

2

‘Ini Bukanlah Pengakhiran, Tetapi Permulaan Baharu’ – Hishammuddin

3

Stadium Perlu Beri Manfaat Kepada Komuniti, Bukan Hanya Untuk Bola Sepak

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penipuan Pekerjaan: Kemboja Mohon Maklumat Disalur Melalui PDRM, Kedutaan

Politik 20 jam yang lalu

Pemecatan KJ, Noh Bukan Luar Biasa, Pembersihan Total Perlu Dilakukan - Puad

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Lebih Banyak Kotoran Akan Timbul Di Bawah Pimpinan Zahid - Annuar

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki 3 Bulan Meninggal Dunia Di Pusat Asuhan

oleh Fitri Nizam