web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Kerajaan Baharu Jangan Lupa Kes Hakim Nazlan’ – Mohd Puad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 8:56PM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak melupakan siasatan kes terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Menurutnya, kes tersebut tidak boleh disenyapkan begitu saja malah kerajaan harus menyelesaikannya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan sudah lama selesai dan hanya menunggu arahan lanjut daripada Peguam Negara.

“Apatah lagi kertas siasatan Hakim Nazlan juga bocor. Tidak ada pihak tampil menafikan kesahihannya. Tidak seperti biasa.

“Apabila mendiamkan diri, tiada follow up (tindakan susulan), tiada penafian apatah lagi tiada pendakwaan itulah sebenarnya campur tangan Mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Puad yang juga Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, tindakan tersebut seolah-olah menggambarkan ada perkara cuba disorokkan pihak tertentu.

“Itu sebab kes (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi dianggap sebagai pendakwaan terpilih. Semoga kerajaan baharu segerakan pendakwaan Hakim Nazlan,” katanya.

Mohd Nazlan ialah Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan jenayah pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib pada 28 Julai 2020.

Pada April lalu, Mohd Nazlan membuat laporan polis berhubung satu artikel diterbitkan sebuah portal berita yang mendakwa beliau disiasat mengenai kemasukan duit ke dalam akaun banknya.

Menerusi kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, laporan polis itu dibuat agar siasatan dapat dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan.

Kenyataan itu memaklumkan, artikel berkenaan disiarkan portal Malaysia Today bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ bertarikh 20 April.

Bagaimanapun, pada 23 April SPRM menerusi Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan selepas menerima laporan berhubung kes itu. - Getaran, 12 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

‘Tak Perlu Suruh Zahid Letak Jawatan, Jangan Melatah!’ - Puad 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa, Siasat Segera Tun M, SPRM Perlu Berani Buka Fail Lama

3

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Kalau Sampai Berdoa, Itu Kemaruk Namanya’ – Puad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar