web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwa, Siasat Segera Tun M, SPRM Perlu Berani Buka Fail Lama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 11:39AM

Dr Mohd Puad Zarkash - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu disiasat dan didakwa pada kadar segera.

Menegaskan perkara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak berani dengan membuka fail lama.

Menurut beliau, penyataan pembelaan dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam memberikan implikasi yang amat serius. 

“Kalau PMX berani, SPRM mesti lebih berani.

“Syarikat Opcom yang dikaitkan dengan anak Dr Mahathir didakwa menerima kontrak gantian optik bernilai RM214.2 juta pada 2003.

“Tun (Dr) Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu. PMX juga buat pernyataan, Tun M mendesak untuk “bailout” syarikat perkapalan milik anaknya. (Datuk Seri) Najib (Razak) pernah mendedahkan kepincangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, rakyat  sebenarnya sudah bosan dengan hipokrasi dilakukan mantan Perdana Menteri itu.

“Beliau zalim kepada orang lain. Beliau rasa dirinya kebal.

“Keberanian PMX boleh menamatkan ego bapa kroni negara,” tegasnya.

Anwar dalam penyataan pembelaannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam membangkitkan pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd.

Anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir ialah pengarah syarikat berkenaan pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009.

Menurut Anwar, pada 15 September 2003, Telekom Malaysia Berhad telah mengeluarkan surat kepada Kementerian Kewangan, antara lain untuk meminta kebenaran mengadakan rundingan terus dengan Opcom bagi pembekalan kabel fiber optik bernilai RM214.2 juta.

Jelas beliau, Telekom adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memegang satu saham khas yang memberikan MKD kuasa untuk menolak keputusan lembaga serta keputusan barisan pemegang saham lain.

“MKD berada di bawah kawalan dan arahan plaintif kerana beliau adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

“Pada 7 Okt 2003, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat untuk meluluskan permohonan Telekom untuk rundingan terus. Selepas itu, rundingan terus yang berkaitan antara Telekom dan Opcom telah berlaku antara Oktober dan November 2003,” katanya.

Menurut Anwar, sebuah lagi syarikat berkaitan dengan ahli keluarga plaintif iaitu Opcom Cables Sdn Bhd telah diberikan kontrak bernilai RM11.157 juta oleh Telekom pada 14 Mei 2018 bagi pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi.

Dakwanya, kontrak rakan Unifi itu diberikan kepada Opcom Cables empat hari setelah Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 10 Mei 2018. 

"Kontrak tersebut juga telah diberikan sebelum pembentukan jemaah menteri baharu dan tanpa kelulusan mereka. Barisan menteri kabinet hanya mengangkat sumpah pada 2 Julai 2018," katanya.

Anwar berkata, sebuah lagi syarikat milik ahli keluarga Dr Mahathir iaitu Kencana Petroleum Berhad telah menerima AS$220 juta (RM836 juta) daripada Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) atau Petronas untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 1998.

Tambah beliau, semua transaksi itu berlaku di bawah bidang kuasa atau arahan Dr Mahathir semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. - Getaran, 16 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad