web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Kalau Sampai Berdoa, Itu Kemaruk Namanya’ – Puad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 8:00PM

Dr Puad Zarkashi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menemplak tindakan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengajak orang ramai untuk berdoa agar usaha menumbangkan Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan.

Menurut beliau, tindakan tersebut menunjukkan Ketua Pembangkang itu kemaruk untuk membentuk kerajaan baru.

“Hamzah kata dia tidak pernah bermimpi atau mengigau untuk membentuk kerajaan baru. Tetapi dia mendoakan perkara itu akan jadi kenyataan.

“Kalau sampai berdoa, itu “kemaruk” namanya. Mengenali Hamzah dia akan buat apa sahaja seperti mana dia sanggup tinggalkan UMNO,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Puad mendakwa, Ahli Parlimen Larut itu seorang pemimpin yang pakar tebuk atap.

Namun katanya, rancangan beliau untuk berbuat demikian kali ini agak sukar disebabkan kewujudan Akta Anti Lompat Parti.

“Hamzah pakar tebuk atap tapi kali ini dia disusahkan oleh Akta Anti Lompat Parti.

“Namun dia akan tebuk individu-individu yang masih ada di sana dan di situ. Hamzah bijaksana dan bijaksitu,” katanya.

Semalam, Hamzah menegaskan beliau tidak bermimpi atau mengigau seperti didakwa Perdana Menteri bahawa pembangkang memiliki akuan sumpah berkanun (SD) bagi membentuk kerajaan baru.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengigau kerana takut dengan kedudukannya yang mungkin akan diambil alih.

Katanya, sebagai ketua kerajaan, Anwar sepatutnya memberi tumpuan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri berbanding menyatakan perkara yang tidak sepatutnya.

“Semalam (kelmarin) saya dengar ada seorang beritahu bahawa saya mimpi tiap-tiap minggu, saya nak maklum kepada beliau (Anwar) saya tak pernah mimpi pun tiap-tiap minggu. Saya nak beritahu yang hang (kamu) mengigau tu pasai (sebab) apa, saya tak cakap apa pun.

“Sejak dia jadi Perdana Menteri, saya cakap hanya dalam Parlimen beritahu yang hang la ni bukan lagi ketua pembangkang, yang jadi ketua pembangkang saya dan yang nak buat cerita bukan-bukan pasai apa,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Anwar menggesa pembangkang supaya membawa akuan SD menyatakan sokongan Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru selepas terdapat dakwaan ada gerakan dicetus PN yang didakwa sudah cukup menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

“Tidak mengapalah, kalau dia (Hamzah) ada, tunggu pada persidangan Parlimen bawalah usul SD tiada masalah. Ini setiap minggu dia jadi macam mengigau, sebelum hari raya, sebelum puasa, selepas hari raya, sebelum hari raya haji, sebelum Thaipusam, Tahun Baru Cina,” katanya. – Getaran, 7 Mei 2023


 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan