web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agensi Keselamatan, Pengurusan Di Tahap Baik Tangani Bencana Di Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 9:10PM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti 25 lokasi hotspot banjir kilat di ibu negara buat masa ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan dan kerjasama agensi keselamatan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20) dalam aspek pengurusan bencana di ibu negara berada pada tahap yang baik, namun masih ada ruang penambahbaikan yang boleh diberi perhatian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata perkara itu perlu dipertimbangkan oleh setiap ketua agensi keselamatan terutamanya terhadap aspek tindak balas penyaluran bantuan kepada mangsa bencana.

“Diharapkan selepas ini ketua agensi akan menilai dan tambah baik supaya apabila berlaku bencana di Kuala Lumpur, kita semua lebih bersedia dan dapat bergerak sebagai satu kumpulan dalam memberi bantuan dan manfaat lebih besar kepada masyarakat.

“Kita tidak mahu setiap satu (agensi keselamatan) bergerak secara solo, sebaliknya beri bantuan kepada mangsa di Kuala Lumpur secara satu kumpulan bagi memenuhi keperluan MKN 20,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Simulasi Banjir (Field Training Exercise - FTX) MKN 20 Siri 1/2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Kampung Periuk, di sini hari ini.

Sementara itu, Azmi berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti 25 lokasi hotspot banjir kilat di ibu negara buat masa ini.

“Kita semua sedia maklum biasanya pada bulan Disember dan Januari akan berlaku banjir kilat di ibu negara yang mana airnya cepat naik dan surut berpunca daripada isu perparitan dan longkang tersumbat.

“Menerusi simulasi ini juga, diharapkan selepas ini kita dapat tambah baik prasarana di lokasi-lokasi tersebut supaya bilangannya (hotspot) dapat dikurangkan demi kemaslahatan rakyat,” katanya.

Hari ini, PDRM bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah melaksanakan program simulasi banjir bertujuan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan keupayaan setiap agensi dalam aspek pengurusan bencana.

Seramai 350 peserta daripada 23 agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan menjayakan simulasi tersebut yang dijalankan di tiga lokasi iaitu di Kampung Periuk, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah dan Dewan Sultan Sulaiman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad