web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


27 Timbalan Menteri Angkat Sumpah Jawatan Timbalan Menteri Persekutuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 4:09PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 27 timbalan menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.

Kesemua timbalan menteri itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia yang bermula 3 petang.

Dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, hadir bersama isteri masing-masing.

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

Kesemua timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan itu mengangkat sumpah jawatan hari ini susulan pengumuman senarai timbalan perdana menteri oleh Anwar malam tadi.

Pada istiadat itu, timbalan-timbalan menteri itu dibahagikan kepada empat kumpulan dengan kumpulan pertama dimulai oleh dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Steven Sim Chee Keong. 

Kumpulan itu turut terdiri daripada Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang yang dilantik Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching dilantik sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi; Datuk Hasbi Habibollah selaku Timbalan Menteri Pengangkutan; Chan Foong Hin sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Datuk Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri Ekonomi.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada tujuh timbalan menteri iaitu Pengarah Strategi PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad selaku Timbalan Menteri Kerja Raya.

Turut berada dalam kumpulan yang sama ialah Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamad Yusof Apdal sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah  (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup selaku Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Kumpulan ketiga pula diketuai Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) Aiman Athirah Sabu (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) diikuti bekas Ketua Wanita PKR Senator Fuziah Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang memegang portfolio Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Selain itu adalah Ahli Parlimen Sarikei Datuk Seri Huang Tiong Sii sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Naib Presiden PKR Senator K. Saraswathy (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin (Timbalan Menteri Luar Negeri) dan Ahli Parlimen Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).

Kumpulan terakhir terdiri daripada Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching (Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital); Ahli Parlimen Tanjong Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan); Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan); Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Timbalan Menteri Sumber Manusia); Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni (Timbalan Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar