web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Kertas Kerja Tangani Kos Sara Hidup Dibentang Dalam Mesyuarat NACCOL

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 3:11PM

Salahuddin Ayub berkata mesyuarat disertai 15 kementerian yang menganggotai NACCOL itu dijangka dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Lima kertas kerja menangani masalah kos sara hidup rakyat akan dibentangkan menerusi mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dijangka diadakan pada Selasa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata mesyuarat disertai 15 kementerian yang menganggotai NACCOL itu dijangka dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kementerian Pengangkutan, MAFI (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Sains dan Teknologi antara kementerian yang akan membentangkan kertas masing-masing dan kesemuanya melibatkan isu kos sara hidup yang berlaku di dalam negara.

"Selepas mesyuarat NACCOL, kita akan beritahu apakah keputusan yang telah dicapai kerana isu ini menjadi antara topik atau perbincangan yang sangat panas dan ia menjadi misi besar Perdana Menteri untuk bersama-sama kita menangani isu kos sara hidup ini," katanya kepada pemberita selepas Program Berkhatan Berkelompok di Masjid Jamek Al-Mizan Kempas di sini hari ini.

Salahuddin yang juga urus setia NACCOL berkata selesai mesyuarat berkenaan, KPDN akan mengadakan mesyuarat dengan MAFI pada hari yang sama bagi membincangkan isu bekalan telur dan minyak masak peket bersubsidi di pasaran.

"Pertemuan ini penting untuk kedua-dua kementerian saling bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan itu dapat kita pastikan berjalan dengan baik, selain meneliti dengan cermat apakah perkara yang menjadi gangguan terhadap rantaian bekalan berkenaan," katanya.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata selepas kedua-dua mesyuarat itu selesai, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket bersubsidi bagi mengenal pasti situasi sebenar dan mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan kedua-dua barangan berkenaan.

Pada 27 November lepas, Anwar dilaporkan telah mengarahkan NACCOL untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Pantau 2024: KPDN Catat Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang 12 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad