web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majoriti Barisan Timbalan Menteri, Muka Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 7:00AM

Anwar mengumumkan senarai pembentukan barisan Timbalan Menteri pada sidang media Pengumuman Timbalan Menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Senarai 27 timbalan menteri yang akan menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan majoritinya terdiri daripada muka baharu.

Antara muka baharu yang bakal membantu mengemudi kementerian masing-masing ialah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan; serta Naib Presiden PKR K Saraswathy sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi); Ahli Parlimen Tanjong Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan), juga merupakan wajah baharu yang membarisi Kabinet.

Turut menjadi sebahagian Jemaah Menteri buat pertama kali ialah Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari yang akan memegang jawatan Timbalan Menteri Pertahanan; dan Ahli Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu, sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beberapa wajah baharu dari Sabah dan Sarawak turut membarisi senarai timbalan menteri seperti Ahli Parlimen Beaufort Siti Aminah Aching (Perladangan dan Komoditi); Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohammad Yusof Apdal (Pendidikan Tinggi); Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin (Pertanian dan Keterjaminan Makanan); Ahli Parlimen Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan (Pelancongan, Seni dan Budaya); serta Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Sumber Manusia).

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; Ahli Parlimen Sarikei Datuk Seri Huang Tiong Sii, sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni (Timbalan Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, yang juga ahli veteran Gabungan Parti Sarawak (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara 3 petang hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad