web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rosak Peralatan Milik Polis, Individu Didakwa Tertekan Dengan PKP

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 4:51PM

Segelintir individu merosakkan papan tanda sepanjang proses PKPD, di Kampung Muhibbah, Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Segelintir individu bertindak di luar batas apabila merosakkan peralatan polis yang digunakan sepanjang proses Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), di Kampung Muhibbah, di sini, baru-baru ini.

Difahamkan pihak tidak bertanggungjawab itu bertindak menggunting kawat duri dan merosakkan papan tanda yang dipasang pihak berkuasa, bagi menyekat pergerakan lokaliti di kawasan jangkitan positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Memang ada beberapa peralatan polis seperti kawat duri dan papan tanda dirosakkan oleh individu tertentu.

"Setakat ini, saya hanya menerima aduan kejadian berlaku di Kampung Muhibbah berhampiran tiga sekolah gabungan di situ," katanya kepada Getaran, hari ini.

Menurut Peter, pemasangan kawat duri itu bagi memberi peringatan tegas kepada orang awam, bahawa jalan itu tidak boleh dilalui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Kesalahan boleh disiasat mengikut Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 dan Akta Polis 1967.

"Justeru, polis memberi amaran kepada pihak berkaitan agar tidak bertindak di luar kawalan dengan merosakan harta benda polis yang diletakkan di kawasan PKPD," katanya.

Orang awam diminta melaporkan kepada polis, sekiranya terdapat individu dengan sengaja mengalih, merosakkan peralatan dan halangan yang didirikan polis sepanjang PKPD bagi membolehkan tindakan tegas diambil.

Tindakan merosakkan peralatan itu dipercayai sebagai tanda protes oleh individu yang membantah perlaksanaan PKPD di situ sejak 11 April lalu.

Ia mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial, malah ada yang menyifatkan ia sebagai satu permulaan oleh protes penduduk yang terjejas dan bosan dengan perlaksanaan PKPD di sini. – Getaran, 22 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 22 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad