web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kartel Daging: Syarikat, Pengarah Dan Pengurus Dituduh Lagi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 4:27PM

Chong Kim Kuang, 48, (depan) dan Yong Chee Keong, 40, tiba di perkarangan mahkamah di Johor Bahru pada 9 Februari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebuah syarikat pembekal makanan sejuk beku serta pengarah dan pengurusnya yang sebelum ini dituduh menggunakan perihal dagangan palsu dalam kes sindiket kartel daging sejuk beku import, hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.

Hari ini mereka didakwa atas empat pertuduhan bersabit kesalahan bersubahat dan memiliki barangan dilarang import bernilai RM643,465.39 pada Disember 2020.

Bagaimanapun, tertuduh Yong Chee Keong, 40, yang merupakan Pengarah LY Frozen Food Sdn Bhd mengaku tidak bersalah apabila semua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara serentak bersama-sama pertuduhan ke atas syarikat, di hadapan Hakim Wan Mohd Nor Hisham Wan Yaakob.

Mengikut kertas pertuduhan, Chee Keong yang mewakili syarikat dan dirinya didakwa dengan empat pertuduhan memiliki barang-barang larangan berjumlah RM643,465.39 bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas iaitu Tan Siew Huak, 42. 

Sementara itu, pengurus syarikat tersebut Chong Kim Kuang, 48, juga mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat LY Frozen Food, Yong dan Tan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman di kamar berasingan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan berkenaan di sebuah premis beralamat No. 663, Jalan 3/4, Kawasan Perindustrian Desa Idaman, Senai di Kulai pada 15 Dis 2020.

Mereka didakwa menurut  Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1966 yang memperuntukkan denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan jaminan berjumlah RM100,000 ke atas Chee Keong dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan, sementara Chong pula dibenarkan ikat jamin RM60,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan yang sama. 

Mahkamah turut menetapkan 3 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar dan Nur Suriati Mohamad manakala syarikat, Yong dan Chong diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Ridzuan Othman dan Saifuz Zaman Abd Rahman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 17 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 22 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad