web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terima Secara Terbuka Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 10:37AM

Jemaah barisan menteri kabinet seramai 28 orang itu disifatkan banyak pihak ‘berwajah Malaysia’ - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik pelbagai reaksi pelantikan jemaah menteri pada Jumaat lepas, hakikatnya kerajaan perpaduan yang terbentuk merupakan langkah penting dalam menamatkan kemelut ketidaktentuan politik dan Parlimen tergantung yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah negara.

Bertitik tolak daripada hasrat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerajaan perpaduan itu dilihat sebagai jalan rintis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan sebuah kerajaan kuat dan stabil bagi mengelakkan situasi ketidakstabilan politik berlaku lagi sepertimana penggal lepas.

Biarpun begitu, langkah yang diambil Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ini ketika mengumumkan jemaah barisan menteri kabinetnya seramai 28 orang itu dan disifatkan banyak pihak ‘berwajah Malaysia’ telah menimbulkan pelbagai reaksi positif dan sebaliknya walaupun telah memasuki hari kelima pelantikannya.

Kerajaan perpaduan ini dilihat sebagai jalan rintis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan sebuah kerajaan kuat dan stabil bagi mengelakkan situasi ketidakstabilan politik berlaku lagi sepertimana penggal lepas - Gambar Fail
Kerajaan perpaduan ini dilihat sebagai jalan rintis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan sebuah kerajaan kuat dan stabil bagi mengelakkan situasi ketidakstabilan politik berlaku lagi sepertimana penggal lepas - Gambar Fail

Dua jawatan yang menjadi tumpuan dan perbualan pelbagai lapisan masyarakat ialah jawatan menteri kewangan yang dipegang perdana menteri dan juga jawatan timbalan perdana menteri yang diberikan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pelantikan Zahid yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilihat memberi imej negatif kepada kerajaan perpaduan berikutan pertuduhan mahkamah melibatkan kes rasuah yang sedang dihadapinya manakala Anwar dikatakan tidak wajar untuk perdana menteri memegang portfolio menteri kewangan.

 

SITUASI BERBEZA

Mengulas mengenainya, penganalisis politik Prof. Dr Azmi Hassan berpendapat adalah tidak wajar mempersoalkan tindakan Anwar dalam pembentukan barisan kabinetnya memandangkan  kabinet kali ini adalah berbeza dan sukar sekali gus memerlukan sokongan jajaran parti lain dalam membentuk kerajaan.

Keadaan ini menurut Azmi menuntut Anwar mengambil kira sokongan yang bukan sahaja dalam kalangan PH tetapi juga gabungan parti lain dalam pelantikan jemaah menterinya walaupun beliau  pada dasarnya mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja yang dirasakan layak dalam membantunya mentadbir negara.

“Anwar terpaksa meneliti beberapa faktor (pelantikan barisan menteri) dan pembahagian jawatan ini penting untuk beliau menghalusi sewajarnya memandangkan ia merupakan asas penting kerjasama dengan pelbagai parti dalam menjamin kestabilan politik negara,” kata Azmi kepada Bernama. 

Dr Azmi Hassan - Gambar Fail Bernama
Dr Azmi Hassan - Gambar Fail Bernama

Kerana itu, Azmi berkata semua pihak perlu menerima hakikat akan situasi pentadbiran negara ketika ini serta menghentikan segala suara ketidakpuasan hati memandangkan pembentukan kerajaan perpaduan ini juga merupakan hasrat Seri Paduka Baginda. 

Malah, Azmi yang juga Geostrategis dan Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara berpandangan adalah tidak mustahil sekiranya langkah pembentukan kerajaan perpaduan itu tidak diambil negara berkemungkinan hingga kini masih lagi dalam kemelut politik dan tidak mempunyai kerajaan. 

“Dengan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda, maka tertubuhlah apa yang dikatakan kerajaan perpaduan atau sesetengah pihak memanggilnya kerajaan campuran dan menerusi langkah ini, kita melihat Anwar dan parti politik yang berkerjasama melakukan pengorbanan besar dan ini harus diterima rakyat. 

“Saya pasti rakyat akan menghargainya juga kerajaan ini sebaik jemaah menteri melaksanakan tugas-tugas mereka,” katanya. 

 

KUASA PERDANA MENTERI 

Sementara itu, pakar perlembagaan daripada Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata biarpun dalam Perlembagaan Persekutuan tiada kategori kerajaan perpaduan, namun kerajaan yang dibentuk kali ini menggambarkan hasrat kerajaan baharu dalam mengukuhkan  lagi perpaduan kaum dan juga perpaduan dalam kabinet pimpinan Anwar. 

Dr Muhammad Fathi Yusof - Gambar Fail
Dr Muhammad Fathi Yusof - Gambar Fail

“Dalam perlembagaan, penubuhan kerajaan adalah berasaskan sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat… Jadi, selagi perdana menteri mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat, maka ia sah untuk ditubuhkan.

“Penjenamaan sesebuah kerajaan boleh dibuat berdasarkan keperluan, cuma dalam konteks ilmu sains politik, kategori kerajaan ini adalah kerajaan campuran, melibatkan beberapa buah parti ataupun kerajaan perpaduan apabila semua parti bergabung dalam kerajaan dan tiada pembangkang,” katanya. 

Ketika diminta mengulas mengenai kritikan barisan kabinet kerajaan baharu, beliau berkata adalah menjadi perkara biasa kritikan atau pandangan yang disuarakan rakyat dalam sebuah negara berkonsepkan demokrasi dan ia harus diraikan.

Bagaimanapun, beliau berkata pelantikan barisan jemaah menteri kabinet ini tidak boleh dikaitkan dengan Yang di-Pertuan Agong memandangkan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan ia adalah berdasarkan nasihat perdana menteri kepada Seri Paduka Baginda. 

“Pelantikan menteri tidak termasuk dalam budi bicara Yang di-Pertuan Agong kerana di bawah Perkara 40, ia adalah kuasa perdana menteri untuk melantik menteri-menteri dan kerana itu jika terdapat kritikan kabinet, ia tidak perlu dikaitkan dengan kedudukan atau titah Seri Paduka Baginda,” katanya. 

 

LANDSKAP POLITIK BERUBAH

Bagi pensyarah kanan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia  Prof. Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, beliau berpandangan masyarakat seharusnya memahami landskap politik negara berubah mengikut keadaan semasa dan perlu menerima dengan hati terbuka. 

Dr Mohd Izani Mohd Zain - Gambar Fail
Dr Mohd Izani Mohd Zain - Gambar Fail

Tambahnya lagi, ini bukannya masa untuk terus mempertikaikan pembentukan kabinet kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya mencari titik persamaan atau keseimbangan antara gabungan parti supaya kerajaan ini dapat berfungsi dengan baik. 

“Politik negara dinamik dan sebab itu kita tidak boleh terlalu stereotaip. Malah, Anwar dilihat bertindak lebih baik dengan melantik kabinetnya berdasarkan cadangan parti siapa yang layak (dipilih sebagai menteri) selain mengikut hierarki dan tindakan itu membuatkan pemilihan anggota kabinet lebih stabil.

“Disebabkan itu, yang penting ketika ini adalah rakyat harus memantau untuk memastikan kerajaan persekutuan boleh ‘deliver’ dan buat kerja dengan sebaiknya daripada (kita) terus mempertikaikan (pembentukannya) tanpa ada titik nokhtah.”

Beliau juga yakin barisan kepimpinan kerajaan kali ini tidak mudah goyah kerana menyifatkan perdana menteri akan memimpin pentadbiran negara dengan berpegang teguh pada prinsip-prinsip perlembagaan kerana tidak mahu situasi kabinet diragui dan tidak diyakini seperti penggal sebelumnya berlaku lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad