web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai MOF Sahkan Ada Perlanggaran Prosedur Yang Serius, Babit Dana RM600 Bilion - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 4:15PM

Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menyerahkan proses siasatan kepada pihak berkuasa yang berkaitan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA –  Pegawai Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan terdapat perlanggaran prosedur yang serius melibatkan penyalahgunaan dana berjumlah RM600 bilion di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet pertama beliau hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau telah menyerahkan proses siasatan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

“Kita tidak membangkitkan atau membincangkan (Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat) dalam Kabinet. Saya serahkan kepada pertimbangan rakan-rakan dan Kabinet untuk memutuskan tetapi apa yang saya tahu, ada beberapa perlanggaran prosedur yang serius.

“Ada perolehan yang berlebihan dah apabila diluluskan, dinaik harga terlalu tinggi dan ia pergi kepada beberapa pihak, melihat kepada begitu banyak perbelanjaan (ketika pilihan raya),” kata Anwar.

Ahli Parlimen Tambun itu bagaimanapun menegaskan, fokus utama beliau bukan melancarkan gerakan memburu mana-mana individu, sebaliknya memperkukuh dan membina semula ekonomi negara.

Beliau menambah, terdapat beberapa temu janji yang sudah diminta oleh pelabur dari India, China, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Ditanya jika beliau akan mengkaji semula Bajet 2023, Perdana Menteri berkata, kajian bakal dilakukan tetapi beliau yakin, majoriti bajet akan diterima oleh pasukan pentadbirnya.

Dalam perkembangan lain, Anwar juga menggesa Perikatan Nasional untuk menghentikan kritikan terhadap institusi Diraja berhubung pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

“Agong bertindak berdasarkan baginda seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri, walaupun Muhyiddin mendakwa memiliki sokongan 115 Ahli Parlimen, tetapi menjelang tempoh akhir pada jam 2 petang keesokannya, Ahli Parlimen UMNO menarik semula solongan dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) pula menyerahkan ia kepada budi bicara Agong.

“Majlis Raja Raja juga membuat keputusan sebulat suara dalam hal ini. Oleh itu, saya berpendapat sudah tiba masanya kita menerima kenyataan dan jangan mempersoalkan kebijaksanaan Agong,” katanya.

Anwar menambah, ini adalah faktor di sebalik keputusan pihak polis untuk menyiasat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Jelasnya, tiada sebarang arahan dikeluarkan Perdana Menteri berhubung perkara itu, tetapi pada masa sama beliau mengingatkan, titah menentang kenyataan berbaur perkauman dan ekstremis keagamaan pernah diberikan Majlis Raja Raja sebelum ini.

Katanya, Majlis Raja Raja telah menitahkan orang ramai mematuhi Perlembagaan Persekutuan, justeru sebarang kritikan tidak seharusnya dilemparkan kepada Perdana Menteri atau barisan pentadbir.

“Saya tak pernah mengeluarkan sebarang arahan. Sebaliknya, saya maklumkan kepada Ketua Polis Negara bahawa kritikan dibenarkan dalam sistem demokrasi dan ia juga memberikan saya ruang untuk membalas,” kata Anwar. - Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad