web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pernah Jadi Speaker Bawah Pokok , Sivakumar Kini Jadi Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 10:00AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia kepada V N Sivakumar. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - V Sivakumar yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia pernah mencatat sejarah dalam politik di Perak atau mungkin di Malaysia kerana semasa beliau menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), sidang DUN pernah berlangsung di bawah pokok hujan-hujan pada 3 Mac 2009.

Sivakumar pernah memanggil sidang tergempar untuk membentangkan usul ke atas peralihan tampuk kuasa kerajaan negeri.

Persidangan itu berlangsung di bawah pokok hujan-hujan selepas dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat dihalang daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN.

Insiden itu menarik tumpuan ramai dan diingati sebagai peristiwa yang melucukan kerana prosiding itu berlaku di bawah sebatang pokok dengan Sivakumar lengkap berpakaian sebagai Speaker DUN dengan jubah dan songkoknya.

Memulakan kerjaya politik pada 1997 dengan menyertai DAP,  Sivakumar pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008  dan menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.    

Selepas 25 tahun berkecimpung dalam politik, Sivakumar, 51, yang menyandang kerusi Parlimen Batu Gajah sejak 2013 dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Setiausaha Agung DAP itu memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam Pentadbiran Awam daripada  Universiti Malaya pada 1994 dan seterusnya Ijazah Bersekutu dalam Pentadbiran Agensi Insurans (AIAA) daripada  Life Office Management Association, Amerika Syarikat dalam tahun 2000.

Selain politik, bapa kepada dua orang anak itu secara profesional terlibat dengan Yayasan Perak, Ipoh selaku seorang daripada Lembaga Pengarahnya dalam 2019 dan Lembaga Pemegang Amanah (Kuala Lumpur) Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia pada 2018.

Pada PRU12, beliau memenangi kerusi DUN Tronoh di Perak sebagai muka baharu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Lee Kim Choy dengan majoriti  2,571 undi.

Melangkah ke hadapan dalam profesion politiknya pada PRU-13, Sivakumar bertanding di Parlimen Batu Gajah dan memenangi pertembungan satu lawan satu dengan calon BN Loo Thin Tuck dengan majoriti 53,770 undi yang berjaya dipertahankan beliau sehingga kini.

Dalam PRU-15, Sivakumar sekali lagi memenangi kerusi Parlimen Batu Gajah dengan majoriti 53,836 undi menewaskan wakil Perikatan Nasional Woo Cheong Yuen dan Teoh Chin Chong daripada BN. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 55 minit yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad