Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ketiadaan Nama Besar Dalam Kabinet Anwar Adalah ‘Langkah Politik’ - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 7:00AM

Pengecualian beberapa nama besar itu adalah harga perlu dibayar Anwar untuk memastikan saiz Kabinet lebih kecil dengan jumlah menteri yang sedikit. - Gambar fail oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketiadaan beberapa nama Ahli Parlimen dalam Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat sejajar dengan ikrar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk membentuk Jemaah Menteri yang lebih kecil.

Bercakap kepada The Vibes, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azmil Tayeb berkata, pengecualian beberapa nama besar itu adalah harga perlu dibayar Anwar untuk memastikan saiz Kabinet lebih kecil dengan jumlah menteri yang sedikit.

Dr Azmil Tayeb
Dr Azmil Tayeb

“Demi Kabinet bersaiz kecil, pengorbanan perlu dilakukan. Saya yakin mereka yang berkelayakan akan mendapat peluang dalam rombakan Kabinet akan datang,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan, keputusan untuk melantik Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menganggotai Kabinet ‘sukar dijelaskan’, memandangkan beliau tewas kepada Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam perebutan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada .

“(Dzulkefly) dikenali sebagai seorang daripada menteri PH berprestasi terbaik (semasa PH di Putrajaya sebelum ini) dan beliau juga memenangi saingan yang sangat sengit pada PRU-15.

“Sebaliknya, seteru politiknya (Zafrul) dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini adalah perkara yang tidak dapat saya jelaskan,” katanya.

Dzulkefly diminta partinya untuk bertanding pada PRU-15, bagi mempertahankan kerusi itu menentang Zafrul.

Keputusan itu diambil walaupun mantan Menteri Kesihatan berkenaan dalam kenyataannya Jun lalu, menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat bertanding pada PRU-15 bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.

Selain Dzulkefly, pemimpin parti terkemuka yang tidak disenaraikan dalam komposisi Kabinet setakat ini, termasuk Timbalan Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo; Naib Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani serta Presiden Parti Warisan (WARISAN) yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagi pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, walaupun ia mengecewakan apabila tidak semua pemimpin berkelayakan dilantik menganggotai Kabinet, Kerajaan Perpaduan sudah memberi penjelasan mengapa keputusan itu dilakukan.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

“Kabinet untuk Kerajaan Perpaduan adalah kecil dan padat.

“Saya percaya Anwar sudah membincangkan perkara itu (memilih calon menteri) dengan pemimpin parti, jadi mungkin mereka yang tidak dilantik menteri, sebaliknya boleh menyumbang kepada kerajaan dengan cara lain,” katanya.

Memberi komen senada adalah Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan berkata, faktor politik dalam Kerajaan Perpaduan sudah pasti akan mempengaruhi barisan Kabinet, terutama jika Anwar berhasrat berpegang kepada gabungan yang menyatakan sokongan kepadanya.

“Agak ganjil (Dzulkefly) menewaskan Tengku Zafrul tetapi tidak diberikan jawatan Kabinet, tetapi saya rasa ia juga sudah dijangka kerana Anwar (sedang membuat pemilihan Kabinetnya) berdasarkan faktor politik,” katanya.

Beliau turut memberikan teori bahawa perkara itu boleh menjelaskan mengapa Zafrul yang juga Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih memegang portfolio menteri serta satu daripada dua jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Sejak pengumuman Kabinet, pelantikan Ahmad Zahid mendapat kritikan daripada pihak tertentu, termasuk mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz apabila mempersoalkan keperluan untuk melantik seseorang yang berdepan pertuduhan rasuah.

“Anwar perlukan sokongan BN. Pertimbangan politik perlu dibuat, ia bukan mengenai kelayakan (Ahli Parlimen yang dikecualikan).

“(Dzulkefly) memiliki kemampuan tersendiri, dia mungkin sebahagian daripada kumpulan penasihat yang dilantik untuk membantu beberapa kementerian,” katanya.

Sementara itu, Gobind menerusi Facebook mendedahkan bahawa beliau menolak tawaran Anwar untuk dilantik menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet kerana lebih suka memberi tumpuan kepada tugas sebagai Ahli Parlimen.

“(Anwar) memang meminta saya menjadi sebahagian daripada Kabinetnya. Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan perkara itu, saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh berbuat demikian dan saya akan membantu kerajaan dalam segala cara yang saya boleh, maju ke hadapan.

“Saya sekali lagi menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan beliau (Anwar) dan percaya beliau akan berjaya membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Selepas keputusan PRU-15 menyaksikan tiada mana-mana gabungan memperoleh majoriti mudah, ia menyebabkan Parlimen tergantung, sehingga PH menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan sokongan BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), WARISAN, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM).

PH mengisi portfolio menteri Kabinet paling ramai, iaitu 15 daripada 28 jawatan, diikuti BN (6), GPS (5) dan GRS (1), manakala senarai timbalan menteri masih belum diumumkan.

Kabinet Anwar kini jauh lebih kecil, berbanding ditubuhkan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang masing-masing mempunyai 70 menteri serta timbalan menteri. - The Vibes, 4 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Perbezaan Politik Senjata Permusuhan - Anwar

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Strok Haba: Jemaah Menteri Perlu Bincang Cadangan Lanjut Cuti Sekolah - TPM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemotongan Gaji Jemaah Menteri Bantu Kerajaan Jimat RM1.2 Juta Setahun 

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 58 minit yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan