web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Perempuan Ditemukan Dalam Kotak Di Kebun Jemaluang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 8:46PM

Bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam sebuah kotak dengan hanya beralaskan kain langsir, kira-kira pukul 8.40 pagi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam sebuah kotak dengan hanya beralaskan kain langsir, kira-kira pukul 8.40 pagi.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan menemukan seorang bayi yang masih hidup dan cukup sifat di tepi simpang masuk kebun berkenaan. 

“Bayi itu kemudiannya diselamatkan dan dirawat di Klinik Kesihatan Jemaluang, bagaimanapun identitinya masih belum dapat dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Cyril turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Untuk Menyaksikan Indonesian Music Festival Dijual Serendah RM188

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad