web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Sangka Ke KDN, Rupanya Dilantik Jadi Menteri Pertanian’ – Mat Sabu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 2:33PM

Mohamad Sabu berkata, bidang pertanian dan keterjaminan makanan adalah baharu baginya, justeru beliau perlu mendapatkan taklimat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menjangkakan akan dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, bagaimanapun sangkaan beliau meleset apabila Perdana Menteri ketika mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, menamakannya sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Saya agak saya akan dilantik ke KDN kerana sebelum ini saya terlibat dalam banyak hal pertahanan, tapi tak sangka pergi ke menteri pertanian.

“Apa pun kita dalam satu pasukan yang mana sebarang kekurangan akan dibincang secara bersama,” katanya ketika hadir ke program kempen pertama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi pengundian di Parlimen Padang Serai PRU-15 di Taman Desa Aman, Padang Serai seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Mohamad berkata, bidang pertanian dan keterjaminan makanan adalah baharu baginya, justeru beliau perlu mendapatkan taklimat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Ia adalah satu benda baharu kepada saya dan saya akan dengar dahulu taklimat daripada pegawai kementerian mengenai setakat mana persediaan,” katanya.

Mengulas mengenai Kabinet baharu, Mohamad berkata, barisan menteri perlu bekerja lebih kuat susulan pengecilan jumlah anggota.

“Kita terpaksa memikul kerja yang lebih besar dan berat kerana (jumlah) menteri lebih kecil sekarang dan beliau (Perdana Menteri) mahu hasil yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

“Pelantikan semua menteri itu adalah proses awal berikutan terdapat pelantikan timbalan menteri selepas ini. Perbincangan akan disambung semula untuk mengisi jawatan lain selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya. – Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad