web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anggota Kabinet Tekad Beri Khidmat Terbaik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 7:00AM

Mohamed Khaled dilantik menjadi Menteri Pendidikan Tinggi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan hari ini bertekad untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi merupakan satu penghormatan daripada Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden UMNO itu berkata pelantikan itu merupakan cabaran besar kepadanya dalam memastikan kementerian itu kembali berfungsi sepenuhnya dalam mendepani cabaran era baharu yang pelbagai.

“Sudah tentu ini merupakan cabaran besar kepada saya bagi memastikan kementerian ini kembali berfungsi sepenuhnya dalam mendepani cabaran era baharu yang pelbagai,” katanya.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang diumumkan sebagai Menteri Kerja Raya pula memberi jaminan akan meneruskan polisi kementerian itu sebelum ini, selain menambah baik dasar yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Selain itu beliau turut bertekad memberikan sepenuh komitmen dan usaha dalam memastikan kelancaran perancangan pentadbiran negara atas kapasitinya di kementerian itu.

“Saya juga ingin menegaskan saya adalah menteri untuk semua bukan hanya untuk orang Sarawak, maka dengan itu, saya akan memastikan setiap usaha dan inisiatif yang diambil di bawah kementerian  akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ahli Parlimen Kapit yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu melihat pelantikannya sebagai tanggungjawab yang penting dalam membantu Kerajaan Perpaduan meneruskan usaha memulihkan ekonomi negara, lebih-lebih lagi menjelang 2023 yang dijangka mencabar.

Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia dapat mengetepikan perbezaan dan bersama-sama memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan semula negara.

Sementara itu, Nga Kor Ming yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata rakyat dan kerajaan perlu bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan yang kuat serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

“Saya amat berterima kasih kerana diberi penghormatan dilantik sebagai menteri kabinet untuk berkhidmat kepada negara tercinta.

“Banyak perkara perlu dicapai dan saya mengalu-alukan semua cadangan dan panduan bijaksana supaya kita boleh bekerjasama untuk mengembalikan kegemilangan negara ini,” kata Ahli Parlimen Teluk Intan itu kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad