web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mustahil Najib Tak Tahu Baki Akaun Banknya - Sithambaram

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 7:59AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berkata adalah mustahil Datuk Seri Najib Tun Razak secara peribadi tidak mengetahui baki dalam akaun banknya selama lima tahun kerana Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil telah ditugaskan untuk menguruskan akaun beliau. 

Beliau berkata dengan aliran wang masuk dalam jumlah yang begitu banyak ke dalam akaun bank terbabit, bekas perdana menteri itu sekurang-kurangnya harus menyoal sumber dan kesahihan dana itu. 

"Adalah mustahil beliau boleh buat-buat tak nampak apabila berjuta-juta ringgit didepositkan ke dalam akaun banknya hanya kerana pengurusan akaun bank beliau telah diserahkan kepada Nik Faisal dan bahawa selama lima tahun beliau tidak tahu secara peribadi mengenai baki dalam akaun banknya," katanya. 

Sithambaram berkata demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil semasa pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Turut bersidang Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sithambaram berkata Najib juga kononnya terpaksa bergantung kepada Allahyarham Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit beliau) untuk mengetahui sama ada beliau boleh mengeluarkan cek. 

"Perayu secara jelas enggan mengakui bahawa beliau mengetahui baki dalam akaun banknya kerana perkara itu akan mengaitkan pengetahuan beliau mengenai deposit RM42 juta ke dalam akaun bank peribadinya. 

"Perayu tidak pernah memberi keterangan sama ada beliau ada bertanya kepada Datuk Azlin, Nik Faisal atau Jho Low mengenai sumber dana di dalam akaun terbabit yang telah dibelanjakannya dengan senang hati tanpa sebarang persoalan," katanya. 

Beliau berkata Najib telah mengeluarkan 15 cek peribadi berjumlah RM10.7 juta dan turut berbelanja sebanyak RM466,330 di Honolulu, Hawaii melalui kad kreditnya untuk membeli seutas jam tangan jenama Chanel sebagai hadiah hari jadi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, perlakuan ini jelas menunjukkan bahawa Najib telah menggunakan dana yang diterima daripada SRC secara penuh berdasarkan bukti yang terdapat dalam jejak wang itu dan dijelaskan dalam pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT).

``Cara perayu berbelanja membuktikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta daripada SRC yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya," katanya.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan CBT, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International. 

Pendengaran rayuan kes itu bersambung hari ini. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad