Berita Terkini

2 hari yang lalu: Lebih 10,000 unit Residensi MADANI dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini - Dr Zaliha 2 hari yang lalu: Kerajaan teliti secara terperinci sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026- PM 2 minggu yang lalu: Kadar zakat fitrah bagi Terengganu ditetapkan RM10, RM22 seorang tahun ini - MAIDAM 2 minggu yang lalu: Zakat fitrah bagi negeri Sabah ditetapkan RM7.50 seorang tahun ini - MUIS 2 minggu yang lalu: Sebuah helikopter terhempas di Kuala Selangor pagi tadi - APMM

IKUTI KAMI


Kerajaan Selangor Harap Laluan ECRL Ditambah Ke Bahagian Selatan Negeri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 12:44PM

Pembinaan laluan ECRL di Selangor meliputi kawasan seluas 758.47 hektar termasuk 32 lot hutan simpan di daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor bagi pembinaan jajaran utara sepanjang 90.72 kilometer - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor berharap cadangan untuk mengadakan satu lagi laluan rel bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke bahagian selatan negeri itu dapat dipertimbangkan kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han memaklumkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bahawa cadangan itu telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor berharap ia dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Menurutnya, walaupun berlaku pertukaran kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas, pembinaan projek ECRL akan kekal dilaksanakan meliputi jajaran utara di empat daerah iaitu Gombak, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

“Jajaran ECRL dalam Selangor telah dimuktamadkan dan akan digunakan jajaran di sebelah utara Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lau Weng San (PH-Banting) mengenai perkembangan perancangan terbaharu dengan kerajaan Pusat untuk mengganti semula jajaran selatan yang sebelum ini menjadi jajaran ECRL di Selangor membabitkan kawasan Kuala Langat dan Pelabuhan Klang.

Dalam pada itu, katanya pembinaan laluan ECRL di Selangor meliputi kawasan seluas 758.47 hektar termasuk 32 lot hutan simpan di daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor bagi pembinaan jajaran utara sepanjang 90.72 kilometer (km).

“Jajaran itu merangkumi laluan bertingkat, aras tanah dan serta pembinaan terowong sepanjang 28.5 km,” katanya menjawab soalan Lee Kee Hiong (PH-Kuala Kubu Baharu) yang ingin tahu keluasan tanah yang akan diambil oleh kerajaan Persekutuan bagi projek pembinaan ECRL di daerah terlibat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kelajuan Maksimum Tren Penumpang ECRL 160KM/J - MRL

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Projek ECRL: Penutupan Susur Masuk, Keluar Plaza Tol Gambang

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Penembusan Terowong Genting ECRL Dijangka Suku Kedua 2025

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Berlaku Kerosakan Teruk, 2 Terowong Umpama Sudah Lama Siap - PHM

Sorotan

1

Cloud KBS Digodam, Hannah Sahkan Tiada Ketirisan Data

2

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

3

Kebakaran Hutan Di Bukit Broga Berjaya Dipadamkan

4

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

5

Putin Dahului Pilihan Raya Presiden Rusia

6

Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

7

Syarat Hamas Dalam Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza, Realistik

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lebih 34,000 Kes Penipuan Babit Kerugian RM1.2 Bilion Tahun Lalu

Luar Negara 1 hari yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

Semasa 1 hari yang lalu

Hutan 0.8 Hektar Terbakar Di Bukit Broga

Semasa 1 hari yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula