web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sektor Pendidikan Kelantan Rekod 7 Kluster Baharu COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 6:48PM

Datuk Dr Zaini Hussin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tujuh kluster baharu COVID-19 yang membabitkan sektor pendidikan direkodkan hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 464.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kluster ini direkodkan di 10 daerah, membabitkan guru, kakitangan dan pelajar sekolah.

Katanya, kluster berkenaan melibatkan sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

"Tujuh kluster pendidikan ini termasuk Kluster Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung, Kluster Jalan Hospital, Kluster Pulai Chondong, Kluster Tangok dan Kluster Kok Lanas.

“Kota Bharu merekodkan bilangan paling ramai iaitu 189 individu, diikuti Tumpat 113 dan Tanah Merah 55 pesakit,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai beberapa keping foto yang memaparkan ratusan pengunjung di tapak Madinah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Dr Zaini mengesahkan bahawa kehadiran mereka adalah bagi menjalani ujian saringan COVID-19.

"Kebanyakan yang hadir adalah kontak rapat kepada mereka yang didapati positif COVID-19, yang juga penduduk tempatan.

"Sepatutnya tapak Madinah Ramadan itu kita jadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), namun ditukar kepada Pusat Pengambilan Sampel COVID-19,” katanya.

Dr Zaini memberitahu, suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa kedua akan bermula 22 April ini membabitkan warga emas yang berisiko tinggi.

Semalam, Kelantan terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19 dengan merekodkan 429 kes baharu. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad