web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kompaun Sekolah Abai Prosedur Masih Belum Muktamad

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 6:39PM

Datuk Seri Abd Jalil Hassan (kiri) bersama Mohammad Rosli Abdul Rahman (kanan) dalam sidang media selepas Mesyuarat Pemuafakatan PDRM dan JPN Pahang Siri Pertama 2021 hari ini. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Keputusan mengeluarkan kompaun kepada pihak sekolah yang didapati mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) hingga mencetuskan kluster baharu COVID-19 masih di peringkat cadangan dan belum dimuktamadkan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, cadangan itu sudah dikemukakan bagi pertimbangan dan perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 negeri dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. 

“Kalau boleh kita (pihak polis) cuba elak daripada mengeluarkan kompaun, tapi kalau kesalahan itu berlaku depan mata, tindakan perlu juga diambil. 

“Dengan keadaan (ekonomi) ketika ini, kita faham jika (kompaun) dikeluarkan, susah juga untuk bayar, jadi kalau boleh elak (keluarkan kompaun), kita elak.

“Jika semua pihak, terutamanya ibu bapa boleh faham dan patuh dengan SOP ditetapkan, kita boleh pastikan perkara ini (kluster baharu COVID-19 di sekolah) tidak berlaku di Pahang,” katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Pemuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di sini, hari ini. 

Mesyuarat siri pertama bagi tahun 2021 disertai Pengarah Pendidikan negeri, Mohammad Rosli Abdul Rahman dan pegawai kanan dari PDRM dan JPN Pahang. 

Sementara itu mengulas mengenai isu sama, Mohammad Rosli menegaskan bahawa semua pengetua dan guru besar di Pahang perlu mengikuti surat pekeliling dikeluarkan JPN mengenai garis panduan dan pengendalian sekolah sejak wabak COVID-19 dikesan di negara ini. 

“Arahan itu sudah jelas dan kita bukan sahaja mengharapkan kerjasama pihak sekolah, tapi paling penting ialah ibu bapa kepada murid atau pelajar itu sendiri. 

“Kalau anak demam atau ada gejala seperti batuk atau demam atau selesema, tidak perlu hantar ke sekolah. Jangan bergantung sangat dengan bacaan pada pengimbas suhu kerana ia bukanlah tepat. 

“Kita tidak mahu tercetus kluster atau masalah lain, bukan sahaja COVID-19, penyakit lain pun mudah merebak jika kita biarkan anak yang kurang sihat datang ke sekolah,” katanya. 

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak JPN Pahang tidak akan menyembunyikan sebarang kes COVID-19 yang berlaku di sekolah di negeri ini dan sentiasa berkongsi maklumat mengenai perkara itu dengan Pejabat Kesihatan Daerah. 

Dalam pada itu, Abd Jalil memaklumkan hasil mesyuarat pertama hari ini antara lain dapat mencari jalan penyelesaian bagi isu pelajar sekolah tidak mempunyai lesen memandu yang sah. 

“Kita bersetuju untuk membantu memudahkan proses permohonan lesen memandu (motosikal) kepada pelajar dan perkara ini kita akan minta kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melihat kaedah (bersesuaian) untuk proses (membuat lesen) ini,” katanya. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad