web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Johor Rakam Ucapan Tahniah Kepada PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 12:13PM

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi ketika menyampaikan ucapan alu-aluan Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2023) Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.

"Dewan yang mulia ini ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10," kata Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ADUN Benut Datuk Seri Hasni Mohammad, ADUN Perling Liew Chin Tong dan ADUN Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana masing-masing memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam, Iskandar Puteri dan Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, Mohd Puad juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) atas kejayaan menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin lepas.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap membentangkan Belanjawan 2023 pada persidangan itu, turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri baharu.

"Saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Selamat maju jaya saya ucapkan," katanya.

Onn Hafiz turut merakamkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kejayaan JDT merangkul Piala Malaysia 2022 sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Selatan untuk 2022 selepas menjuarai Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super Malaysia.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 24 November lepas.

JDT pula mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kejayaan treble buat julung kalinya selepas menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2022 dengan menewaskan Selangor FC 2-1 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin lepas.

Gelaran juara Piala Malaysia ketiga diraih JDT sejak penubuhannya pada 2013 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu, menyapu bersih trofi yang dipertandingkan tahun ini, susulan pencapaian memenangi saingan Piala FA dan Liga Super, selain meraih Piala Sumbangsih sebelum musim ini bermula. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad