web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairy Terbuka Untuk Disoal Berhubung Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 4:29PM

Seorang petugas kesihatan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 11 Mac. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata beliau sentiasa terbuka untuk disoal, dikritik dan disiasat berhubung pelaksanaan program vaksinasi terbesar negara.

Merujuk tuntutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya siasatan bebas dilakukan di bawah Parlimen terhadap program tersebut serta perolehan vaksin, beliau berkata beberapa kontrak pembelian vaksin telahpun didedahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada 5 Januari lepas.

“Pendedahan tersebut adalah bersekali dengan jadual penghantaran dan harga yang dibayar,” kata Khairy yang juga Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi.

Beliau berkata antara ahli PAC yang hadir dan memperhalusi kontrak perolehan vaksin pada hari tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah.

Sesi libat urus bersama ahli Dewan Rakyat pembangkang juga telah diadakan pada 19 Mac lepas berhubung pelaksanaan program imunisasi itu di mana beliau telah membentangkan secara panjang lebar mengenai pelaksanaannya namun Anwar tidak hadir pada sesi tersebut

Dalam satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas terhadap kenyataan Anwar mengenai program imunisasi itu, Khairy berkata dakwaan kerajaan negeri Selangor terpaksa menunggu lama bagi mendapat kelulusan membeli vaksin COVID-19 adalah tidak benar kerana tiada permohonan rasmi dibuat oleh kerajaan negeri itu setakat ini.

Menurutnya, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ada menyebut secara lisan perancangan Selangor untuk membeli vaksin dalam perbincangan mereka.

 “Saya memberi respons yang positif. Namun, sehingga kini saya belum menerima apa-apa permohonan rasmi dari pihak kerajaan negeri,” katanya.

Anwar antaranya mendakwa kerajaan Selangor “menunggu berbulan lamanya hanya untuk mendapat kelulusan yang diperlukan ... untuk mendapatkan 2 juta dos buat rakyat Selangor,”.

Mengulas dakwaan sama oleh Anwar mengenai Sarawak, Khairy berkata beliau telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas dan memaklumkan bahawa bekalan kerajaan Persekutuan mencukupi untuk menampung keperluan pelaksanaan program imunisasi di Sarawak.

Menurut Khairy, Unggah juga telah memohon untuk kerajaan Sarawak membeli vaksin dan beliau telah memberi respons yang positif mengenai permohonan itu namun menetapkan syarat yang vaksin tersebut mestilah berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Beliau berkata vaksin yang ingin dibeli oleh kerajaan Sarawak mestilah berdaftar di bawah NPRA terlebih dahulu memandangkan jenis vaksin yang dikehendaki Sarawak masih dalam proses penilaian oleh NPRA.

Khairy dalam pada itu berkata program imunisasi kebangsaan itu sedang dilaksanakan mengikut fasa yang diumumkan pada 14 Februari lepas dan perancangan program tersebut dibuat mengambil kira jadual penghantaran vaksin yang diberi oleh syarikat-syarikat pembekal vaksin.

“Saya juga telah jelaskan bahawa mengikut unjuran kerajaan, bekalan vaksin kita akan mula ampuh bermula Jun. Ini juga mengikut perancangan program imunisasi yang mana vaksinasi massa fasa tiga dijadualkan bermula pada Jun,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 6 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad