web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MET Malaysia Jangka Hujan Lebat Berterusan Di 8 Negeri Bermula Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 8:24PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat kategori kuning (waspada) untuk beberapa negeri di Semenanjung dan sebahagian Sabah.

Jurucakap MET Malaysia berkata, hujan berterusan dijangkakan berlaku di empat negeri iaitu di Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu bermula esok sehingga Ahad ini.

“Antara kawasan yang dijangka dilanda hujan adalah di Hulu Perak, Perak; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, Terengganu, serta Jerantut, Kuantan dan Pekan di Pahang,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, tiga negeri di utara Semenanjung juga dijangka menerima hujan berterusan berstatus waspada bermula Sabtu sehingga Ahad ini.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam tempoh Sabtu, 3 Disember 2022 sehingga Ahad, 4 Disember,” katanya.

Di Sabah pula, MET Malaysia menjangkakan hujan berterusan berlaku di Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat pada esok.

Menurutnya lagi, Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar