web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nafi Tuduh Anwar Ejen Israel, Hassan Mohon Jangan Mudah Percaya Sebarang Berita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 7:57PM

Hassan memohon semua pihak supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum mempercayai sebarang berita atau maklumat yang ditularkan. - Gambar dari Facebook Hassan Saad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad tampil mempertahankan diri, apabila menafikan terbabit dengan penularan video yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Mengakui sedar dengan penularan video berkenaan yang mengaitkan dirinya dengan Perdana Menteri ke-10 itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan tersebut.

Jelas Hassan, video itu yang menggunakan gambar dirinya sebagai latar belakang telah mengaitkan Anwar dengan Israel dikesan tular sejak 27 November lalu.

“Kesan penyebaran video dengan suara latar seorang wanita itu membuatkan ada yang mempercayainya walaupun jelas ia bukanlah kenyataan atau suara milik saya.

“Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan seperti mana didakwa dan ditularkan dalam video berkenaan,” katanya hari ini.

Hassan berkata, beliau memohon semua pihak supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum mempercayai sebarang berita atau maklumat yang ditularkan.

Semalam, Getaran melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Hassan berhubung tuduhan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ejen Israel.

Perkara itu disahkan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin yang memaklumkan, pihaknya sudah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

“PDRM mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung tuduhan yang dilakukan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Hassan Saad terhadap Perdana Menteri sebagai ejen Israel.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman,” katanya.

Noorsiah memberitahu, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad