web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Raja-Raja Cadang PM Tak Buat Lantikan 5 Ahli JAC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 7:16PM

Tuanku Muhriz (kanan) bertitah, sebaliknya kuasa melantik ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Raja-Raja mencadangkan agar pelantikan lima ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak dibuat oleh Perdana Menteri untuk memastikan suruhanjaya tersebut bebas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, sebaliknya ia diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

Dengan kaedah sebegini, baginda yang juga Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 bertitah, keanggotaan JAC akan lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak.

“Pada masa ini, JAC mempunyai sembilan keahlian. Empat ahli JAC merupakan hakim yang sedang memegang jawatan terkanan manakala lima lagi ahlinya merupakan individu yang dilantik oleh Perdana Menteri.

“Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli JAC tidak dibuat oleh Perdana Menteri,” titahnya dalam perutusan di Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 hari ini.

Tuanku Muhriz bertitah, Majlis Raja-Raja bertanggungjawab dalam melantik barisan hakim di Malaysia.

Baginda melihat proses pelantikan hakim di Malaysia pada masa ini mempunyai kelemahan dan boleh diperbaiki.

“JAC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan pelantikan hakim.

“Oleh itu, keanggotaan JAC adalah kritikal untuk memastikan JAC terus berkemampuan mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber,” katanya.

Baginda turut mencadangkan supaya struktur JAC turut dinilai semula menerusi rundingan antara kerajaan, ahli-ahli suruhanjaya sedia ada dan badan guaman serta institusi atau pemegang taruh lain yang relevan.

“Sekiranya semua ini dilaksanakan, beta yakin JAC akan mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan menjadikan pemilihan serta pelantikan barisan hakim di Malaysia adalah dari kalangan individu yang berkeperibadian mulia, telus dan adil,” titah baginda. - Getaran, 30 November 2022

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad