web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhenti Beri Kenyataan Tidak Membina Yang Berisiko Jejas Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 7:05AM

Nur Jazlan Mohamed berkata, masa untuk mengeluarkan kenyataan ‘berapi-api’ dan retorik sudah tamat sejak minggu lalu, apabila rakyat selesai menterjemahkannya melalui peti undi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya berhati-hati dengan kenyataan mereka dan tidak mengeluarkan komen yang boleh menjejaskan hubungan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, malah beliau melihat tiada keperluan dan tidak relevan untuk mengeluarkan kenyataan berhubung mana-mana parti atau pemimpin, memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah berakhir.

“Ahli Parlimen Setiawangsa daripada PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim sudah mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak melantik Ahli Parlimen yang mempunyai kes mahkamah ke dalam Kabinetnya.

“Saya ingin mengingatkan mereka mengenai undang-undang Malaysia yang diwarisi dari United Kingdom (UK) bahawa ‘seseorang tidak dianggap bersalah sehingga disabitkan bersalah’ yang diperuntukkan dalam sistem perundangan dan kehakiman kita,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pemimpin PH turut diingatkan mengenai prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerusi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 di bawah artikel 11 (1), selain Perjanjian Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung Hak Sivil dan Politik di bawah Perkara 14 (2).

Jelasnya, prinsip itu juga diterima pakai dalam Konvensyen Eropah mengenai Perlindungan Hak Asasi Manusia pada tahun 1953, Perkara 6 (2).

Nur Jazlan berkata, masa untuk mengeluarkan kenyataan ‘berapi-api’ dan retorik sudah tamat sejak minggu lalu, apabila rakyat selesai menterjemahkannya melalui peti undi.

“Ia menyaksikan tiada parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah untuk menerajui kerajaan.

“Pengerusi BN berbesar hati untuk mengubah pendirian asal beliau di atas nasihat Yang Dipertuan Agong. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah individu yang menyatukan kepimpinan BN untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, tiada prasyarat ditetapkan mana-mana gabungan, termasuk Anwar mengenai siapa yang berhak untuk berkhidmat dalam Kabinet.

“Pengerusi BN ‘bermurah hati’ memberikan sokongan kepada PH dan Anwar, walaupun tidak disenangi Ahli Parlimen BN.

“Ahmad Zahid meletakkan keutamaan negara untuk memastikan kita mempunyai kerajaan yang stabil. Beliau sanggup mengetepikan tuduhan liar dan fitnah PH terhadap BN semasa tempoh kempen serta bertindak dengan niat baik,” katanya.

Justeru, ujarnya, PH harus membalas kesungguhan Ahmad Zahid dengan menunjukkan niat ikhlas mereka untuk membentuk kerajaan baharu yang stabil.

Malah, Nur Jazlan berkata, pihak parti itu juga perlu membentuk kerajaan bebas daripada politik dan kritikan yang berupaya menjejaskan hubungan jangka panjang kerjasama BN dan PH.

Mengulas lanjut, beliau mengingatkan beberapa individu daripada PH supaya tidak ‘pejam sebelah mata’ dan mengabaikan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, sekali gus meletakkan kerajaan Anwar dalam bahaya.

“Janganlah kita menghakimi mana-mana individu melalui ‘pendapat umum’ dan biarlah mahkamah memutuskan kes terbabit.

“Kita semua perlu bersama untuk meletakkan kepercayaan kepada Anwar bagi menyelamatkan negara ini. Pada masa ini, kita harus fokus kepada keperluan rakyat dan negara,” tegasnya. – Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar