web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Beri 14 Hari Cerakin Isu Subsidi, Harus Dinikmati Golongan Memerlukan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 1:26PM

Anwar Ibrahim ketika mempengurusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, subsidi bersasar harus dilaksanakan kepada rakyat bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan menikmati pemberian itu.

Katanya, langkah itu juga bagi mengelakkan ia dinikmati kumpulan lebih berkemampuan, kaya dan penggiat industri.

Justeru, beliau memberikan tempoh dua minggu untuk pihak berkaitan, termasuk kementerian mencerakin dan menelusuri seluruh implikasi, selain mengadakan perbincangan dengan sektor swasta dan pelabur supaya mereka memahami tujuan subsidi adalah meringankan beban rakyat miskin.

Anwar Ibrahim menegaskan, subsidi bersasar harus dilaksanakan kepada rakyat bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan menikmati pemberian itu - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Anwar Ibrahim menegaskan, subsidi bersasar harus dilaksanakan kepada rakyat bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan menikmati pemberian itu - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Tentunya golongan kaya, industri tidak harus ambil manfaat, tetapi mereka ada kemudahan lain akan kita sediakan.

“Umpamanya insentif untuk syarikat, akan diperbaiki supaya tidak menjadi beban kepada mereka kerana mereka biasa dengan subsidi ini.

“Ini juga melibatkan soal tarif elektrik, dari segi angka dibentangkan itu, yang mana manfaat diberikan kepada golongan miskin, (dilihat) hampir sama dengan manfaat diterima golongan kaya, (iaitu) sektiar RM2.5 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun (NACCOL) 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan isu kos sara hidup yang membebankan rakyat.

Antara pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) serta Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Antara pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) serta Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Antara pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) serta Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Selain itu, pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Anwar berkata, beliau menganggap tidak munasabah apabila kemudahan subsidi, turut dimanfaatkan golongan berkemampuan.

“Maknanya subsidi elektrik itu diteruskan…saya bila sebut perkara ini tidak mahu ada kebimbangan subsidi untuk rakyat.

“Tetapi golongan kaya, industri besar tidak harus memperoleh ini kerana ia menjadi bebanan kewangan besar kepada kerajaan,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu adalah pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Turut hadir pada mesyuarat itu adalah pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Mengulas mengenai kehadiran pegawai terbabit pada mesyuarat itu, Anwar berkata, ia adalah satu permulaan sangat membanggakannya kerana semua kementerian, ketua pengarah, ketua setiausaha dan gabenor hadir membentangkan maklumat masing-masing.

“Saya mesti zahirkan secara peribadi satu kebanggaan saya terhadap sikap penjawat awam yang sering kali tidak dihargai masyarakat mengenai kesungguhan mereka membantu

“Mereka datang dalam notis singkat dengan persiapan semua angka dan data, rencana kerana saya lebih berminat nak tahu keadaan semasa dan langkah harus diambil, walaupun ini disebut sebagai mesyuarat khas NACCOL.

“Maklumat ini penting kerana melihat kepada keadaan harga di pasaran dan subsidi yang tinggi. Saya tidak ada masalah subsidi tinggi sekiranya ia untuk rakyat terutama golongan susah,” katanya. – Getaran, 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad