web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MYAirline Lancar Penerbangan Ke Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 10:33AM

MYAirline Sdn Bhd bersedia untuk memulakan operasi tiga laluan pertamanya bulan depan, bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd bersedia untuk memulakan operasi tiga laluan pertamanya bulan depan, bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu pada tambang bermula serendah RM48.

Dalam kenyataan semalam, katanya penerbangan terus itu akan bermula pada 1 Disember 2022 dengan penerbangan sekali sehari ke Kuching serta ke Kota Kinabalu dan Langkawi sebanyak dua kali sehari.

“Mulai 2 Disember dan seterusnya, MYAirline akan terbang ke Kuching dua kali sehari manakala penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu akan ditingkatkan kepada tiga kali sehari mulai 23 Dis,” katanya.

Penerbangan itu akan menggunakan pesawat Airbus A320-200 yang dilengkapi 180 tempat duduk dalam kabin kelas tunggal.

“Tambang termasuk semua bermula serendah RM48 dari Kuala Lumpur ke Langkawi manakala tambang ke Kuching dan Kota Kinabalu masing-masing bermula serendah RM68 dan RM88.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web MYAirline di www.myairline.my mulai 26-30 November 2022 untuk tempoh perjalanan bermula 1 Disember 2022 hingga 25 Mac 2023.

Sebagai sebahagian daripada promosi ini, syarikat penerbangan tersebut turut menawarkan baucar eksklusif MYAirline untuk penerbangan mulai 1 hingga 15 Disember 2022.

Pada masa depan, MYAirline berkata ia bercadang melancarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Alor Setar, Terengganu serta destinasi utama lain di Malaysia selepas menerima kelulusan daripada pengawal selia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Rayner Teo berkata kekerapan penerbangan akan ditingkatkan apabila rangkaian domestik syarikat penerbangan itu berkembang.

Beliau berkata pihaknya turut bercadang untuk memulakan penerbangan di rantau ASEAN selewat-lewatnya pada suku kedua 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad